May 17, 2011

CONFIRM : SPR SEDANG PINDAH NAMA PENGUNDI !

Bernama 17 Mei 2011, 20:22 PM : 
Wanita Umno Diarah Siasat Usaha Pindah Pengundi - Shahrizat 
"Tak payah saya maklumkan nama Parlimen yang terbabit, ini adalah maklum balas yang Wanita Umno Melaka beri kepada saya dan juga beberapa tempat yang lain, ada pemindahan pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri." 
"Ramai daripada pengundi tidak membuat semakan tempat mereka mengundi kerana beranggapan mereka akan kekal mengundi di situ selagi mereka sendiri tidak mengubahnya." 

notasemut : isu ni dah lama disuarakan oleh pakatan rakyat, dan banyak juga pendedahan telah dibuat. tapi macam biasa, spr itu umno, maka jangan harap la ada tindakan pantas dari pihak pihak bertanggungjawab. jadi sebagai langkah persediaan, kita check je la dekat website spr. itu je yang termampu buat masa ni. kalau ada yang tak kena, entahla, kalau ada maklumat dah bertukar kita nak buat apa? harktuih!

klik gambar untuk membuat semakan

mubarak minta maaf kepada rakyat mesir



Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meminta maaf kepada seluruh rakyat dan memohon pengampunan, tiga bulan selepas beliau digulingkan oleh pemberontakan rakyat. Pemimpin tentera negara itu juga menyeru kepada rakyatnya supaya membantu meningkatkan keselamatan dalaman dan bekerja untuk sebuah ekonomi yang lebih baik.

Sebuah laporan dalam edisi hari Selasa dari akhbar harian bebas al-Shorouk mengutip sumber-sumber rasmi Mesir dan Arab yang mengatakan bahawa Mr Mubarak sedang "merangka sepucuk surat yang akan disiarkan di Mesir dan saluran Arab, meminta maaf atas nama diri dan keluarganya bagi setiap kesalahan terhadap rakyat. "

Dia juga meminta maaf "untuk setiap perilaku yang mungkin berasal dari maklumat yang salah disampaikan kepadanya oleh penasihatnya."

Sumber : Al Arabiya

* * * * * * *

kah kah kah! banyak cantik. dah kena guling terus berlakon sakit jantung. bukan sorang, tapi siap dengan bini sekali berlakon sakit jantung. dapat layanan istimewa di hospital lagi. kah kah kah! lepas tu arahkan macai (lebih kurang perkida/perkasa mesir) bikin huru-hara antara agama. bakar gereja, rosakkan masjid. mainkan sentimen perkauman. kah kah kah! ini semua taktik lapuk, malaysia dah lama pakai, tak percaya tanya Ibrahim Ali, tanya Utusan. negara Islam memang takde idea lain ke nak raih sokongan rakyat majoriti? macam taik! 

notasemut : seramai 846 terbunuh dan lebih 6,000 orang cedera sepanjang revolusi anti-mubarak (fakta).


gambar : al arabiya