May 19, 2011

boikot mc donalds, bukan nasi lemak !

Ronald McDonald dan Happy Meal harus dihapuskan bagi menyelamatkan kesihatan anak-anak, menurut 550 pengamal perubatan terkenal di seluruh dunia.

Sekumpulan pakar medik mengatakan kepada McDonald's dalam sebuah surat terbuka bahawa ia penyumbang utama masalah obesiti. Mereka berkata Happy Meal, yang datang dengan mainan percuma, membuatkan anak-anak ketagih makan makanan yang tidak berkhasiat.

Kumpulan yang berkempen tersebut sebelum ini menyelar PepsiCo dan Coca-Cola terhadap penggunaan botol plastik dalam perusahaan mereka.

Semalam Corporate Accountability International (CAI) membuat iklan satu halaman penuh di surat khabar AS dengan surat terbuka kepada ibu pejabat McDonald's. Antaranya berbunyi: "Marketing can no longer be ignored as a significant part of this huge problem."

Surat tersebut juga mendesak syarikat supaya menghentikan iklan makanan tinggi lemak, garam dan gula untuk kanak-kanak.



notasemut : ada kerajaan melayu umno 1malaysia didik masyarakat tentang risiko bahaya makan makanan mc donalds terhadap orang ramai, terutamanya kanak kanak? takde kan? sebelum ni semua tv radio akhbar sibuk cerita tentang keburukan nasik lemak boleh pulak? siap ada temuramah minta pendapat 'pakar-pakar' tempatan lagi. kah kah kah!


hai, nama saya Like !


Pasangan suami isteri dari Israel telah menamakan anak perempuan mereka 'Like' kerana terlalu meminati laman sosial Facebook.

Lior Adler, 37, dan isterinya Vardit, 35, dari Hod Hasharon, dekat Tel Aviv, sangat sukakan ciri 'Like' tersebut, sehingga mereka memutuskan untuk memberikan nama itu pada anak bongsu mereka.

Ini kedengaran agak pelik apabila Like akan membesar dan seolah-olah dia tidak selesai setiap kali memperkenalkan dirinya ("Hello, my name is like...").

Adler memberitahu Agensi Berita Jerman DPA: "Untuk saya ini sangat penting untuk memberikan anak-anak saya nama-nama yang tidak digunakan di tempat lain, sekurang-kurangnya tidak di Israel."

Dua anak perempuannya yang lain dinamakan Dvash (bahasa Hebrew untuk madu) dan Pie.

sumber : dailymail.uk

* * * * * * *

notasemut : lantak la dia nak bagi nama apa ye dak? apa ada hal? tapi kalau nama 'poke' memang buat hal.


facebook DISLIKE BUTTON tidak wujud !

Facebook tidak mempunyai dislike button, tapi hal itu tidak menghalang spammer dari terus cuba menggunakannya untuk menipu pengguna.

Firma keselamatan dalam talian, Sophos, memberitahu pada Isnin dengan memberi amaran mengenai penipuan yang meminta orang ramai untuk mengaktifkan dislike button.

Setiap klik akan membawa anda ke sebuah halaman yang meminta anda untuk menyalin dan menampal kod Javascript ke address bar. Tindakan ini akan mengaktifkan kod berbahaya.

Sebahagian besar kerosakan pada minggu lepas adalah berpunca daripada kegiatan tersebut. (Sangat penting untuk catatan bahawa enjin pencarian Facebook adalah tidak menyeluruh, dan pihak yang mengambil kesempatan mungkin telah menemui cara untuk bersembunyi dari hasil carian umum)

Hal ini bukan kali pertama spammer menggunakan dislike button yang tidak wujud untuk menipu pengguna, tetapi serangan sejak kebelakangan ini nampaknya menjadi semakin canggih. Ciri ciri keselamatan baru Facebook telah berjaya mengurangkan kesan akibat daripada scam tersebut.