May 21, 2011

balak sarawak semakin kurang, taib mahmud tunjuk belang di australia !

Laporan-laporan terkini menunjukkan Australia sekarang sudah mulai memperolehi gambaran sebenar mengenai sikap Taib Mahmud di Sarawak.

Laporan dan juga beberapa klip video menerusi TV yang menunjukkan sikap kasar para pembalak yang mengganggu dan menyuraikan suatu mesyuarat yang telah diadakan di sebuah dewan orang awam di pekan Huonville, Tasmania adalah sebahagian dari bukti-bukti yang tidak menyenangkan. 

kroni tahi
mahmud
Mesyuarat berkenaan telah dipanggil oleh sekumpulan orang tempatan yang cintakan alam sekitar, yang telah merasa kurang senang dengan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, yang sedang dijalankan oleh syarikat Ta Ann milik keluarga Taib Mahmud. Para pembalak dikatakan telah bertindak kasar dan menggunakan kata-kata kesat terhadap para hadirin mesyuarat, malah salah seorang dari speaker wanita telah dihamburkan dengan ancaman rogol oleh para pembalak.

Sikap-sikap klasik

dipukul samseng balak sarawak
Bagi kaum wanita yang tinggal di pedalaman Sarawak, mereka tentunya dapat memberikan kesaksian mengenai betapa seriusnya suatu ancaman rogol itu. Banyak laporan dan aduan kepada pihak polis mengenai rogol dan serangan seksual terhadap kaum wanita dan anak-anak gadis yang dilakukan oleh para pembalak, tetapi kebanyakan rintihan itu telah diambil perhatian oleh golongan NGO. Namun Abdul Taib Mahmud telah menghalang semua cubaan siasatan dijalankan. 

Sememangnya, seperti yang diketahui oleh orang-orang Sarawak, ancaman adalah merupakan suatu kaedah yang sering digunakan oleh para pembalak, yang mendapat lesen dan konsesi daripada Taib, ke atas orang-orang asal dan juga masyarakat yang telah dirampas tanah NCR. Rasa takut akan gerombolan samseng yang diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan telah dilakukan dengan meluas di seluruh Sarawak.

Kami telah membuat banyak liputan yang menunjukkan bagaimana gerombolan samseng telah diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan untuk masuk dan melakukan kerja-kerja kotor mereka, menyerang orang-orang kampung dengan kayu, parang, letupan dan juga senapang. Aduan-aduan kerapkali tidak dambil peduli oleh pihak polis, kerana mereka dihalang untuk bertindak atas arahan Abdul Taib Mahmud. Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Menteri Perancangan dan Sumber dan juga selaku Ketua Perbadanan Kemajuan Industri Pembalakan Sarawak, telah mendapat habuan yang amat lumayan hasil dari mencukai secara peribadi ke atas kegiatan pembalakan di Sarawak sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Jangkauan global Taib

Syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan dan menjadi kaya di Sarawak telah mengembangkan kegiatan pembalakan mereka ke luar negara. Mereka telah bersungguh-sungguh memasuki kawasan-kawasan hutan hujan di Indonesia, Papua, Kepulauan Solomon, Congo, Amazon dan kini, Tasmania.

Malah para pembayar cukai Australia telah mengagihkan peruntukan sebanyak $10,000,000 untuk membiayai pembinaan kilang kayu bergergaji di pulau itu. Cetusan idea siapakah itu? Syarikat gergasi perkayuan Ta Ann dikendalikan oleh multi-jutawan Hamid Sepawi, sepupu dan proksi perniagaan kepada Taib Mahmud sendiri, yang telah disenaraikan sebagai orang yang terkaya di Malaysia. Kenapa pula para pembayar cukai di Tasmania perlu membiayai kemasukannya ke negara itu dan menebang hutan mereka hanya kerana hutan-hutan di negeri Sarawak kini semakin pupus?

Apabila pihak jabatan hutan Tasmania membuat penilaian ke atas keberterusan (sustainability) dan rekod-rekod pembalakan yang dilakukan oleh keluarga Taib, pernahkah pihak berkenaan meneliti kesan-kesan pembalakan terhadap alam sekitar di Sarawak? Kami menumpukan pandangan kami ke arah seorang yang telah selama 30 tahun memusnahkan dan meranapkan kawasan hutan hujan tertua (sebuah kawasan hutan yang diandaikan berusia tidak kurang dari 130 juta tahun) di Sarawak.

Tujuan sebenar Abdul Taib Mahmud menghantar syarikat-syarikat pembalakannya ke Tasmania adalah kerana, dalam masa sesingkat 30 tahun, dia telah berjaya meranapkan hutan hujan tropika ketiga terbesar di planet ini. Sebab utamanya, Sarawak kini telah ketandusan kayu untuk ditebang.

Jangan petik kenyataan ini dari Sarawak Report, tetapi petiklah dari suatu petisyen tahun 2006 untuk memohon lesen menghutankan semula yang ditulis oleh Hamid Sepawi sendiri, bagi pihak Ta Ann! Pada petisyen tersebut Hamid telah menyatakan

“kebanyakan kawasan hutan di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya lebih dari sekali” [Hamid Sepawi, 2006]

Orang-orang Tasmania berhak untuk menentang

Adalah sesuatu yang mengejutkan bahawa berkembangnya dan bangkitnya gerakan menentang pembalakan yang rakus oleh orang-orang Tasmania yang berlaku ke atas hutan mereka. Kerisauan di kalangan masyarakat antarabangsa kian bertambah mengenai kepupusan hutan hujan kayu keras, malah syarikat-syarikat keluarga Taib sendiri yang merupakan peraih kontrak-kontrak menjalankan kerja-kerja menebang itu.

Para penunjuk perasaan di Tasmania yang mengambil bahagian dalam peristiwa itu telah dinafikan oleh pihak-pihak berwibawa Tasmania sendiri. Mereka telah ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan terhadap Ta Ann, walaupun para penunjuk perasaan lain di seluruh dunia dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa mendapat sebarang ancaman dari mana-mana pihak.

Adakah kebebasan bersuara dan hak untuk menentang memang dinafikan di Tasmania berbanding dengan tempat-tempat lain di negara-negara lain yang telah membenarkannya. Orang-orang di Tasmania adalah lebih berhak mempertahankan hutan mereka dari diranapkan.

Hanya beberapa pihak sahaja yang melihat perlunya hutan-hutan di Tasmania dimusnahkan untuk mengaut keuntungan. Maka, bagaimana mereka beroleh keuntungan dalam masa beberapa tahun sahaja apabila hutan-hutan telah habis ditebang? Bagaimana kawasan-kawasan lain di Australia dan masyarakat berindustri memperoleh keuntungan dengan tiada lagi hutan untuk ditebang?

Semua pihak berwibawa tahu bahawa kita perlu mengamalkan keberterusan dalam menguruskan sumber jika ingin mempastikan manusia akan dapat terus hidup di planet ini. Hanya mereka yang ingin cepat kaya dan tidak mempedulikan orang lain sahaja atau generasi yang akan datang sahaja yang menolak pendapat sedemikian.

Oleh yang demikian, para pejuang alam sekitar dan kumpulan rapat-rapat umum perlu dibenarkan menunjukkan perasaan secara aman, tanpa mendapat sebarang penentangan.

Mereka juga harus dibenarkan membuat kritikan terhadap pihak-pihak yang memerintah di Tasmania, yang telah membenarkan tanpa segan-silu kemasukan Sultan Kayu Balak dari Sarawak ke dalam kawasan-kawasan hutan mereka.

kesan pembalakan di tasmania

Sumber:



berita protes lynas di media perancis


TRANSLATED :

The Malaysian government is under pressure to construct a plant in Australia heavy metals. Opponents want to stop this project that could endanger the health of local communities.

Even if the Australian mining company Lynas and the Malaysian government claim that the waste is safe and that they will be stored securely, not everyone agrees. Indeed, during the purification process of heavy metals, thorium is produced, it eventually produces radioactive decay, which raises many concerns.

These rare metals are mined in Port Weld in Western Australia and will then be sent to Malaysia in the industrial city of Gebeng, 250 km north of Kuala Lumpur. If it goes ahead, this plant will be the second largest of its kind in the world.

There is a growing demand for items such as neodymium, scandium and cerium are used mainly to manufacture modern displays, cell phones and LEDs.

Low radioactivity

According to Lynas, waste products will be only weakly radioactive. The waste will be stored in special containers and durable and stored near the plant until a permanent solution is found. (WTF!) Sensitive dosimeters would measure the radioactivity of these containers.

But Fuziah Salleh, a member of the town of Kuantan and one of the driving forces of protestors, these measures are far from sufficient: "Malaysia is not a dumping ground for radioactive waste in Australia, is for them to handle these wastes! ".

Malaysia has already suffered the consequences of such plant. Thirty years ago, another manufacturer of heavy metals in the village of Bukit Merah, was forced to close its doors after the birth of an impressive number of deformed babies and leukemia.

According to Lynas, the new plant will use ore fifty times less dangerous than that of Bukit Merah, but for opponents, things are clear: Lynas has chosen Malaysia as environmental standards are less stringent than in Australia.

Lynas is justified by explaining that Gebeng port is ideally located and where water is available in sufficient quantity, not to mention the large number of skilled workers ... Lynas hopes to obtain a permit in September. (CA)

* * * * * * *

Related news today from Malaysian Insider :


“Lynas has also agreed to place funds with the Malaysian government to ensure safe management of any remaining residues as required by the AELB,” the Australian miner told The Malaysian Insider in a statement.

tutorial for blogger : how to add 'sharing is sexy' social bookmark

dalam banyak banyak soalan pasal adjust penampilan blog, soalan yang agak payah gua nak jawab ialah soalan bagaimana nak add 'sharing is sexy' social bookmark pada blogger. ni ha bendanya.

takdela sexy mana ye dak?

bukan gua kedekut ilmu, cuma bila soalan itu ditanya di kedai kopi, macam mana gua nak kasi link tutorial sebab masa tu gua di kedai kopi sedangkan benda benda tutorial ni semua gua simpan dalam laptop di rumah. oleh sebab hari ni gua kurang sihat dan malas nak membaca berita berita terkini dari seluruh dunia, maka gua share la tutorialnya. 

eh, pembetulan sikit. ini bukan tutorial sebenarnya, tapi gua share 'link' tutorial asal daripada mahaguru yang ajar gua benda 'sharing is sexy' ni. pada sesiapa yang berminat, boleh rujuk tutorial lengkap di blog cahayabiru.com ni. 

follow step by step yang ditunjukkan dan beri perhatian pada tricky part yang dia highlight dengan warna 'biru dan merah' tu. kalau tak jadi, padan muka. gua buat ok je. ingat satu je, sebelum save template, preview dulu. 

untuk yang part last sekali, kena masukkan YOUR-FEEDBURNER-ID. kalau tak tau apa benda feedburner ni, sila rujuk Google Feedburner. sebagai contoh, feedburner ID gua adalah seperti di bawah.


ok, gua nak selongkar rumah cari panadol kejap. selamat mencuba!