May 22, 2011

tutorial / tips for mobile : how to surf blog faster

ok hari ni gua nak kongsi tips how to surf blog faster menggunakan mobile phone, bukan untuk smartphone.  nama pun dah smart takkan perlukan tips lagi ye dak? nampak sangat yang pakai tu yang sebenarnya tak smart. kah kah kah!


orang macam gua ni jenis tak senang duduk kalau takde internet. bila dah jiwa kacau mula la rasa nak marah orang je kerjanya. kalau kat opis, kat rumah, kat kampung memang takde masalah. masalahnya sekarang kalau kena pergi kenduri, melawat rumah saudara-mara, tolong member pindah rumah, jalan jalan petang tepi pantai, main futsal dan sebagainya.


tambah sakit kepala kepada masalah tersebut adalah bila tempat tempat yang gua pergi tu coverage tak kuat. jenis kalau nak call pun putus putus. nak sms pun kena angkat tangan tinggi tinggi lepas tekan send. baler... baler.. tapi takpe, kita menuju negara maju wawasan 2020.

ok berbalik pada tajuk. biasanya pengguna mobile internet bergantung pada opera mini untuk  mengetahui isu isu terkini dari malaysiakini, malaysian insider dan portal berita internet lain. tiada masalah besar kerana website berita online ni biasanya menyediakan mobile site seperti [m.malaysiakini.com] dan [http://m.themalaysianinsider.com/]. jadi proses loading juga jadi pantas dan mudah untuk dibaca di skrin handphone yang kecil.

tapi bagaimana dengan blog? kebanyakan blog menggunakan template yang agak berat dan ditambah dengan pelbagai widget. ini menyebabkan proses loading sangat lama dan kadang kadang sampai keluar error sebab hanphone tak dapat proses. macam blog gua ni, kadang kadang dia 'hang' keluar gambar papan kayu je. isi kandungan semua takde, apa jadah bukak blog tengok gambar kayu?

caranya sangat mudah. cuma tambahkan /?m=1 di hujung url blog yang nak dibuka dan hasilnya lihat di bawah. ini gua try dekat laptop supaya senang nak tunjuk. kalau nak tengok blog blog lain versi mobile boleh masuk sini. [semut] [milosuam] [amenoworld]. simple dan lebih pantas bukan?



dan gunakan cara yang sama pada handphone-tak-smart lu orang tu. pergi dekat address bar, cuma masukkan url blog yang nak dibuka, tambah /?m=1 dekat hujung url dan siap! oh lagi satu, tips ni untuk surf blog lebih pantas guna handphone sahaja, bukan untuk menulis dan membuat entri baru untuk blog. harap maklum.