May 23, 2011

pusat dialisis : terima kasih muhyiddin!

sumber : utusan

notasemut : masalahnya sekarang takde nama lain ke nak letak? bukan ke dia ni menteri sekolah? kenapa tak bina sekolah berasrama penuh jenis muhyiddin yasin? habisla, lepas ni muncul pulak pusat serenti noh omar, sekolah mengandung rais yatim, kolej matrikulasi rosmah mansur dan hospital bahagia ibrahim ali. kah kah kah!


sempena minyak nak naik - koleksi kereta azalina








gambar : asd

Diambil dari ASD :

Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana gambar ini boleh mencerita seribu bahasa, gambar ini telah dirakam di ruang letak kereta di rumah Azalina , bukan saya yang ambil , saya menerima e mail dan menyiarkan gambar ini. Saya tahu gambar kereta ini adalah koleksi Azalina. Porche , Mercd , Smart Car, Land Rover , Alphard , banyak lagi entah parking di mana.

Di Pengerang juga ada lagi dalam simpanan. Mana datang wang untuk membeli kereta ini?

Untuk anda membuat penilaian dan memikirkan. Bayangkan betapa susah atelit kita mahu berlatih kerana tidak cukup kewangan, betapa susahnya kita membayar cukai dan betapa kah hina nya wang ini adalah wang rakyat digunakan untuk kemewahan seorang menteri. Bukan kami tipu, Anda pernah tenguk nombor pendaftaran WLV 3 ketika Azalina menjadi menteri di KBS dan Pelancongan . Ini nombor kereta rasmi nya.

Ini sebahagian dari duit yang digunakan untuk beli kereta, untuk joli , hadiah kekasih dll.Fikirkanlah tidak sampai dua pengal menjadi menteri , habis duit MSN , Habis suit kem pelancongan. Nasib baik tidak disenaraikan lagi.

Nanti kita dedahkan pembaziran duit rakyat lagi. Dasyat eh...... habis duit rakyat , Kira saja lah berapa semua. Belum lagi yang dia joli belum lagi kereta yang dia beli untuk janda pensyarah Uitm itu dll.

Wahai penduduk Pengerang , inilah wakil parlimen kamu, kamu bersyukur kerana dapat ahli Parlimen terkaya. Mungkin kereta ini tidak menggunakan nama Azalina, tapi sendieri faham lah. Lepas ini kita siarkan gambar senarai rumah Azalina. Apakah dia wanita terkaya di Malaysia?

* * * * * * *

notasemut : dari wiki - Azalina binti Othman Said. 31 Mac 2004 – 17 Mac 2008 (menteri belia dan sukan), 18 Mac 2008 – 9 April 2009 (menteri pelancongan), ahli parlimen pengerang sejak 2004 dan ahli sisters in Islam. keh keh keh. masalahnya sekarang job yang mana paling masyuk ni?

rakyat sibuk hal minyak, sultan veyron sibuk dengan kereta baru

gambar : alexander krasnikov


With a base price of RM 5.2 million (USD 1.7 million), I don’t even want to guess how much this particular one cost. Said to be the first Bugatti Veyron to ever land in this country, this special blue-white version of the car is owned by the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Powered by an 8-litre W16 quad-turbocharged engine that produces around 1001 horsepower, the Bugatti Veyron is able to reach from 0 to 100km/h in just 2.46 seconds and a top speed of more than 400 km/h which made it one of the fastest production cars in the world. Don’t even ask about its fuel consumption. - Lowyat.net




tanda tanda makin jelas - RON95 akan naik minggu ini!

sumber : bernama sebentar tadi

kah kah kah! tak nampak lagi? tak nampak permainan perkataan 'rasionalisasi subsidi' dan 'penyelarasan harga'? kah kah kah! kenapa tak gunakan perkataan 'naikkan' harga minyak je? kan senang...

tapi kenapa minggu ni? kenapa tak bulan depan? kenapa tak lepas raya? kah kah kah! matematiknya mudah. minyak nak naik minggu ni sebab minggu depan dah mula cuti sekolah. bila cuti sekolah ramai family akan keluar bawa anak berjalan jalan. ramai cikgu cikgu akan keluar makan angin. yang mengajar di pedalaman time ni la nak balas dendam pusing ibu kota.

cuti sekolah juga adalah musim orang kahwin. bila orang kahwin dah tentulah berderet deret umat kereta datang nak join kenduri. dah tentu juga rombongan keluarga pengantin berduyun duyun datang dari entah mana mana untuk memeriahkan majlis. kah kah kah! ini semua peluang kerajaan buat untung besar!

itu scene standard di semenanjung setiap kali cuti sekolah. kalau di sabah, pesta keamatan pun minggu depan juga. dua hari kemudian, sambutan hari dayak si sarawak pula. peh. memang berbaloi baloi la kalau minyak naik minggu ni. kah kah kah!

notasemut : tahukah anda maksud pukul keliling?

ketua hakim UMNO dilaporkan kritikal

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.

Sumber : Malaysiakini

sumber : wiki

gadis arab ditahan kerana melanggar larangan memandu [video]


Riyadh, Arab Saudi - Pihak berkuasa Saudi menahan seorang wanita pada hari Sabtu selepas dia telah melancarkan kempen melawan larangan wanita memandu oleh kerajaan ultra-konservatif dan memuatkan  video dirinya sedang memandu di Facebook dan YouTube untuk menggalakkan lain untuk mengikutnya.

"Ini adalah kempen sukarelawan untuk membantu anak-anak negeri ini" supaya dibenarkan untuk memandu, kata Manal al-Sherif di dalam video. "Setidaknya untuk saat kecemasan. Bagaimana jika tiada siapa pun yang boleh memandu jika pemandu mengalami serangan jantung?."

Manal Al-Sherif dibebaskan beberapa jam kemudian, menurut Twitter penganjur kempen tersebut. Syarat-syarat pembebasan tidak dijelaskan.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang perempuan - Saudi dan pelancong asing - dari memandu. Larangan tersebut memaksa keluarga supaya menyewa pemandu, dan mereka yang tidak mampu membayar $300 hingga $400 sebulan bagi khidmat pemandu terpaksa bergantung pada saudara lelaki mereka untuk membawa mereka ke tempat kerja, sekolah, membeli belah atau hospital.

Perempuan juga dilarang mengundi, dan tiada wakil perempuan dalam kabinet kerajaan. Mereka tidak boleh melancong tanpa izin dari penjaga lelaki dan tidak boleh bergaul dengan sesiapa kecuali suami atau saudara laki-laki.

Sumber : Huff Post dan Al-Jazeera (video)