Jun 3, 2011

adik adnan yaakob chairman IAEA rupanya. patutlah...

Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri.

Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto). Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010.

Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?

Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. Apa jua alasan yang diberikan oleh MB Pahang untuk menidakkan perkara ini sudah tidak wajar dipercayai lagi.

Mana mungkin seorang adik mahu melanggar sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh abangnya. Inikan pula projek bernilai ratusan juta seperti Lynas ini sebenarnya.

Oleh itu, rakyat tidak hairan sekarang, kenapa pakar-pakar yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk mengkaji tahap keselamatan Lynas telah awal-awal lagi mengatakan projek tersebut mengikut "standard yang telah ditetapkan".

Padahal mereka belum pun turun padang untuk melawat ke kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Kita tidak mahu menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal ini. Namun, secara kesimpulannya rakyat memang tahu apakah "kaedah" mana-mana pelabur dan pihak yang mahu mendapatkan apa-apa projek di Pahang sejak dulu kini dan selamanya.

[Malah banyak pendedahan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini tentang ketirisan yang berlaku dalam pentdbiran Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri.

Oleh itu, kepada mereka yang bermati-matianmenyokong projek ini diminta berfikir secara rasional. Apakah kita mahu diri kita ditipu oleh kebodohan kita sendiri.

Jangan dibiarkan diri kita dipermainkan oleh mereka yang berkuasa hanya untuk kepentingan periuk nasi mereka sendiri.

Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru ini. Namun kami boleh merasakan, memang ada sesuatu yang tidak kena bila adik MB menjadi orang kuat IAEA, sedangkan apa yang dipertikaikan ialah bagaimana projek berisiko seperti Lynas itu boleh dibawa masuk ke Malaysia terutamanya ke negeri Pahang ini?

Rupanya ada "kabel besar" yang telah bersedia untuk membawa masuk projek itu ke sini sebenarnya.

Siasatan lanjut akan dijalankan tentang beberapa aspek lain lagi yang membuktikan projek Lynas wajar dibantah oleh rakyat Kuantan biarpun ada yang menyokongnya.

Ini kerana sokongan yang diberikan oleh pihak terbabit adalah berdasarkan "skrip semata-mata", tambahan pula mereka dibayar untuk hadir menyokong projek Lynas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt dan Pantai Teluk Chempedak]. - pahangdaily



* * * * * * *

mula mula gua tak berapa nak percaya sangat cerita pahangdaily ni. ye la sebagai pembaca, apa apa pun yang kita baca, kena selidik dulu sikit sikit entah betul ke tidak. google kan ada. jangan jadi pemalas, kelak jadi menteri.

dan hasilnya, sila rujuk screenshot artikel yang diambil dari website IAEA di bawah. i rest my case..

sumber : IAEA

perbandingan tarif broadband 1malaysia dengan negara maju

sumber : guardian.co.uk

sumber : soyacincau

sumber : maybank2u hari ini

notasemut : nampak tak bezanya? itu baru bandingkan tarif, belum bandingkan speed lagi. keh keh keh. kita menuju negara maju, kena la bandingkan dengan negara maju. takkan nak bandingkan dengan zimbabwe pulak ye dak? kah kah kah!

CONFIRM : harga minyak naik! harga makanan sumber laut juga akan naik!

sumber : bernama sebentar tadi

kah kah kah! kononnya kerajaan mengutamakan rakyat bila tak naikkan harga ron95. ok gua mengaku kalah sebab gua silap tafsir itu hari. mati mati gua ingat ron95 nak naik. sejak ada APCO sebagai penasihat memang ada kelas juga permainan isu minyak oleh kerajaan najib ni. 

tapi hari ni semua terbongkar! memang kerajaan sah tengah terdesak! minyak untuk nelayan pulak dinaikkan sebanyak 55sen! kah kah kah! banyak tu weh! siap cover sekali dengan rugi sebab tak jadi naikkan harga ron95 ke? kah kah kah!

dah la tarif elektrik untuk industri melonjak tinggi, sekarang minyak untuk nelayan pulak naik mencanak. kah kah kah! esok lusa keluar la kenyataan - 'kerajaan jamin harga barang terkawal'. kah kah kah! kepala razak lu! alangkan harga ayam pun dah berapa kali naik dalam tahun ni. tang mana kawalnya ismail sabri? pegi kawal dafi tu lagi baik. kah kah kah!

mengaku je la najib yang kerajaan tengah mengemis dan pada masa yang sama kena jaga perut perut kroni. kah kah kah! bukti paling jelas ialah bila kerajaan beku pengambilan staf baru. ini tanda tanda besar kegagalan lu handle kerajaan najib. turun la woi! lu tak layak jadi perdana menteri!