Jun 6, 2011

CONFIRM : ASTRO NAIK HARGA!

sumber : bernama sebentar tadi

ok pasal astro ni gua malas nak ulas panjang panjang sebab gua sendiri dah boikot astro sejak november 2009 lagi! kah kah kah! tapi kalau astro kata kos meningkat apa salahnya kerajaan benarkan semula penggunaan parabola. ada berani? dulu mahathir haramkan parabola dan ini memaksa rakyat yang mahu siaran lebih luas melanggan astro bukan? pada masa yang sama kualiti siaran radio televisyen di tempat tempat tertentu 'sengaja' dibiarkan berpasir supaya mereka yang dahagakan siaran televisyen berkualiti melanggan astro. kerajaan pun takde usaha nak tambah atau upgrade pencawang yang sedia ada. dan sekelip mata juga tokey astro jadi antara manusia terkaya di malaysia. kah kah kah! siapa punya astro ni? apa kaitan dia dengan mahathir kutty? lu pikir la sendiri! kah kah kah!

klik kasi besau

gua, cukai jalan dan lee chong wei

selepas menghantar canon rebel gua ke pusat rawatan pakar, gua terus pergi menghidupkan road tax kereta di jpj padang jawa. dah alang alang cuti, gua kasi setel semua urusan tertangguh. road tax gua sebenarnya dah lebih sebulan mati tapi gua yang takde masa nak pergi renew. macam mana gua boleh lepas bawak kereta balik kampung sabtu lepas? itu rahsia.

sebenarnya renew insuran dan road tax kereta ni takde la susah sangat, cuma yang lecehnya ialah bila kompeni insuran yang gua biasa berurusan sebelum ni bagi anggaran harga yang agak 'tinggi' dan secara automatik gua punya sixth sense merasakan ada sesuatu yang tak kena. menurut kira kira kasar kerani insuran tersebut, gua perlu membayar sebanyak lebih kurang RM600 untuk insuran dan RM70 untuk cukai jalan. gua mintak ejas kurang yang mana patut tapi dia kata tak boleh. gua sengih nipis dan terus blah. sempat juga gua tabur janji palsu "nanti I datang balik.." dia ingat IQ gua sama level dengan budak budak umno. lu silap beb, lu silap!

dengan hati panas dan kereta tanpa road tax, gua gigih meredah kesesakan di subang, glenmarie dan shah alam sampai sakit sakit tengkuk memantau kalau kalau ada roadblock. memang ada, tapi jalan sebelah. debor juga sekejap. keh keh keh. akhirnya, gua selamat tiba di bukit raja klang. kenapa bukit raja? sebab di situ letaknya pejabat insuran besar yang gua biasa kautim zaman pakai kancil dulu. seperti biasa, tanpa membayar parking, gua terus bergegas masuk dan tekan butang 'pertanyaan' pada mesin nombor giliran. ngam sampai giliran, gua bismillah dan bersungguh sungguh mengadu pada kakak yang jaga kaunter tu tentang masalah insuran kereta gua. ya, kakak tu adalah orang yang sama handle insuran kancil gua dulu. jadi senang sikit nak bercerita. 

dipendekkan cerita, kakak tu terus ambil kalkulator dan buat kira kira. lepas tu dia tulis jumlah yang gua perlu bayar pada secebis kertas. gua senyum. 

"ni nak akak proses terus ke? ada bawak duit tak?" tanya kakak kerani tu sambil pusing pusing pen. nampak sangat dia dah faham perangai gua.

"hah proses je la terus. confirm. saya cucuk duit kejap," jawab gua angguk angguk. tanpa menoleh ke belakang, gua berlari lari anak cari bank dekat blok sebelah. sambil sambil tu gua jeling juga kereta takut kena saman parking. syukur, line clear. 

setel cucuk duit secukup rasa, gua terus pergi bayar pada kakak kerani insuran yang dah siap siap print 'cover note' untuk dibawa ke jpj nanti. gua lega. memang confirm lepas lepas ni gua datang sini lagi.

nah lu orang tengok sendiri. nasib baik gua tak renew dengan kompeni insuran yang satu lagi tu. RM600 untuk insuran sahaja. banyak bezanya beb! gua terus pergi JPJ padang jawa untuk urusan cukai jalan pulak. alhamdulillah selamat..

RM430 insuran + RM70 cukai jalan = RM500 sahaja. sekian

power juga 'macro mode' kamera handphone w810i gua ni
sambil sambil tunggu giliran nak hidupkan road tax, gua macam biasa pergi merayap tengok papan kenyataan sekitar jpj tersebut. nak tau apa yang gua jumpa? nah, lee chong wei tempah nombor plat BLG1 dengan harga sebanyak RM69,100! menyesal gua tak berlatih main badminton betul betul dulu. kalau tak, mesti takde masalah nak renew road tax takat RM600. kah kah kah!

tempah nombor plat dah RM69,100 harga keretanya berapa pulak ni lee chong wei?

rebel masuk hospital pakar

hari ni gua cuti. tapi cuti hari ni tak fun seperti cuti cuti biasa kerana gua sibuk bergegas ke sana sini. tadi gua hantar canon rebel gua ke pusat rawatan pakar setelah sebulan terlantar sakit.

mujur dua hari lepas dslr tersebut masih mampu memberikan khidmat terbaik menangkap gambar pengantin di pelamin dan di kawasan air terjun sekitar kampung orang asli di bidor. walaupun susah sikit sebab terpaksa menggunakan manual fokus, tapi segala galanya selamat. yang penting pengantin tak kecewa kerana saat saat manis mereka berpelamin dan beraksi di hutan lipur dapat dirakam dan boleh disimpan buat tatapan cucu cicit mereka nanti.

"uncle la yang menangkap gambor atok kome kawin dulu," gua dah terbayang bayang nak cakap macam ni bila sampai masanya nanti. kah kah kah

sebenarnya gua penat lagi ni. penat bercampur sedih sebab terpaksa berpisah dengan dslr kesayangan gua. nama je canon rebel tapi sebenarnya dia sangat manja. berikut gua kongsi gambar gambar yang sempat ditangkap semasa di canon service centre tadi.

canon service centre. peremba square,  saujana resort, section u2 shah alam

tak sempat gua nak pekena kopi percuma untuk customer. cepat sangat!

masalah pada body

masalah pada lens
notasemut : lepas kamera ni dah pulih 100%, gua ingat nak jual dan upgrade ke model yang lebih power. warranty dslr canon 1000d ni masih ON sampai bulan 10 tahun 2012. jadi bakal pembeli tak perlu risau. kalau rosak, canon tanggung. kah kah kah. jadi pada sesiapa yang berminat boleh sms, mesej di facebook atau email ke semutmalaysia@yahoo.com