Jun 9, 2011

canon - google guitar doodle cover



hari ni satu dunia sibuk main gitar dekat google. ye la. nak beli tak mampu, kalau mampu pun bukannya reti sangat nak main. keh keh keh. mula mula tu rasa bangang juga main pakai mouse. rupa rupanya bila tekan kotak hitam kecik dekat bawah tu terus boleh main pakai keyboard! baru la syok. kalau rajin cari dekat youtube, boleh dapat banyak kombinasi huruf untuk sesebuah lagu. berikut gua kongsikan antara pemain gitar papan kekunci yang berjaya main lagu canon pakai keyboard. amacam? steady?


tak puas? nak yang lebih real? nah gua kongsi salah satu video all-time favourite gua. tapi lagu canon jugak la. hidup johann pachelbel!




UPDATE : ce cuba kod bawah ni (thanks my dear fesbuk friend)
1. Buka Google
2. Klik pada petak yang rupa macam keyboard di logo Google tu sampai dia bertukar jadi warna merah
3. Lepas tu cuba tekan nombor-nombor '1164, 44864345, 1345 670987' guna nombor di keyboard anda
(P/S : Guna nombor yang bawah F1, F2 semua tu)

hah jadi?

laporan bedah siasat - tembak jarak dekat pada sudut 45 darjah

Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.

“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.

Sumber : Malaysiakini

sila rujuk laporan original post mortem di bawah untuk maklumat lebih terperinci. klik gambar untuk baca.



renovate rumah 6 juta. gaji khir toyo berapa?

sumber : mStar

amboi mat tempe, renovate rumah je dah cecah 6 juta, itu belum masuk harga rumah dan tanah lagi. masalahnya lu ni jadi mb selangor 8 tahun je. gaji lu sebulan berapa sial? 

RM6juta bahagi 8 tahun jadi MB = RM750,000 setahun
RM750,000 bahagi 12 bulan = RM62,500 sebulan?
*ini baru kira kira untuk dapatkan RM6juta untuk renovate rumah sahaja. harap maklum

woi jawa laknat, gaji lu berapa ratus ribu sebulan? sebab kalau tak silap gua gaji menteri besar tak sampai pun RM20,000 sebulan. oh lupa, lu doktor gigi. mesti banyak gigi yang lu dah cabut selama ni. gua respek sama lu. dah la bisnes tempe pun berjaya. kira lu memang anak jawa yang power la. power yang paling haramjadah sekali. harktui!


kucing jumpa dan kucing hilang


i hope this encourages people who are still looking for lost pets. my sister and her family lost their home in the tornado. they went back yesterday (June 7th) one last time to take a last look at what used to be their house. we heard a cat crying and started digging like crazy. she moved a board and wedged under it was her 13 year old cat Lavern...alive after 16 days!! - Animals Lost & Found from the Joplin, Mo tornado Facebook Page
bagi golongan pencinta kucing, kisah penemuan semula macam ni memang menyentuh hati. kucing kesayangan, kalau mati sebab dilanggar atau penyakit memang sangat menyedihkan. tapi kalau hilang, hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan tak puas hati, menyesal dan sedih bercampur baur serta boleh menyebabkan hilang selera makan dan tidur berminggu minggu lamanya. tahniah kepada pemilik kucing yang berjaya jumpa semula kucing kesayangan selepas tragedi puting beliung di joplin baru baru ini. kat rumah gua, paling kuat pun hujan ribut. pokok betik pun tak tumbang. tapi kucing kesayangan gua sampai sekarang tak jumpa jumpa..


IFF, rosmah mansor dan kepala kambing

sumber : bernama

sumber : IFF style council

sumber : IFF

ok sebenarnya tadi gua tengah baca berita bernama kat atas sekali tu. tak penting pun. rosmah dan IFF. kah kah kah! sumpah gua tak pernah amik port benda benda fesyen islamik ni. tapi sebab gua memang hobi membaca, gua layan la baca sampai habis.

selesai membaca berita tersebut, reaksi normal gua adalah timbul persoalan, apa benda yang best sangat dengan fesyen islamik ni? ada stail separuh bogel ke? modelnya hot ke tidak? gua pun tak fikir panjang terus google IFF dan buka websitenya. terserempak pulak gambar orang orang kuat IFF seperti gambar kedua di atas. kah kah kah! astaghfirullah gua sekejap tengok gambor sekor sekor.. datuk K pun ada!

sambil belek belek page yang ada kat dalam website tu, gua tertarik dengan logo yang digunakan seperti gambar ketiga di atas. simbol apa ni? macam biasa tengok. terus gua teringat zaman asrama dulu gua pernah beli kaset kaset black metal untuk buat layan time jiwa kacau. kaset innuendo, poetic ammo semua tak perlu la gua cerita untuk layan waktu bila ye dak? kah kah kah! berbalik pada kaset black metal tadi, kebanyakan kaset tu pulak biasanya ada lambang bintang (pentagram) terbalik. dan bila gua tenung logo pada website IFF tu lama lama.. hah memang lebih kurang! iras iras kepala kambing! 

berikutnya, tak perlu la gua ulas lebih lanjut apa kaitan kepala kambing dengan setan, lucifer dan sebagainya. gambar gambar di bawah ni disertakan dengan link untuk mereka yang rajin nak baca lebih lanjut. mungkin juga kebetulan sama tapi apa kejadahnya Islamic Fashion Festival nak pakai logo stail kepala kambing? banyak lagi logo lain boleh pakai. entahlah, dah rosmah ketuanya, mana ada siapa berani tegur. najib pun tunduk dengan dia ni. kah kah kah!


sumber : demonology

sumber : baphomet (wiki)

sumber : history of the baphomet

"Baphomet has also been called the Goat of Mendes, 
The Black Goat and the Judas Goat"