Jun 17, 2011

file sharing website, apa kebaikannya?


sebenarnya lepas gua post entri pasal kemunculan malaysiabay baru baru ni, gua tak try pun nak download. gua anggap semua okay je. gua percaya kerja kerja lanun ni biasanya sangat memuaskan. bukan macam menteri, haram tak tau buat kerja. rais yatim jadi menteri internet? kah kah kah! come on la.. dah la jadi bahan lawak satu dunia tahun lepas (rujuk tragedi #yorais) kah kah kah! 

tapi hari ni gua baru perasan yang malaysiabay dah tukar gambar kapal kepada gambar tengkorak lanun dan dihiasi dengan warna warna yang diambil dari bendera malaysia! kah kah kah! gua jadi teruja!

alang alang dah teruja, takkan gua nak close tab ye dak? lalu gua pun terus browse movie movie sedap yang ada dan lepas hampir sepuluh minit mencari, gua ambil keputusan nak download cerita power. tapi power zaman dulu dulu punya. gua pilih cerita Spirited Away dengan Amélie. ingat, power tak semestinya dari hollywood. keh keh keh



dua dua ni filem 2001. maknanya dah 10 tahun. kalau 10 tahun lepas gua beli vcd ori, tak tau la sekarang entah dekat mana letaknya vcd tu semua. kalau jumpa pun mungkin vcd A ada, vcd B dekat rumah orang lain. zaman tu zaman vcd, jadi paham paham je la kualiti dia macam mana kalau tengok balik sekarang ni. 

mujur ada file sharing website macam piratebay/malaysiabay dan lain lain. dapat juga gua download (kualiti terbaik!) dan layan balik movie lama lama yang kalau cari dekat speedy video pun belum tentu jumpa. kalau jumpa pun mesti gua tak beli, sebab gua tahu lagi 10 tahun mesti vcd/dvd tu hilang lagi sekali. jadi sebab itu la gua menyokong website website macam ni. sekian penjelasan gua.

notasemut : tahukah anda gua juga banyak belajar teknik fotografi daripada e-book yang bersepah dalam file sharing website ni? sebenarnya banyak ilmu berguna yang kita boleh dapat. kalau tak percaya cuba search service manual. amacam?


Sheikh Mohammed dianugerah gelaran TUN

sumber : bernama

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM). Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Kebanyakan penerima anuegrah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperi Perdana Menteri. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.


Senarai penerima gelaran Tun (Penerima yang masih hidup)

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad, SMN
Tun Dr. Siti Hasmah Bt Mohd Ali, SSM
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan, SMN, 1976
Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng, SMN, 1978
Tun Ahmad Bin Koroh, 1978 (Bekas TYT YDN Sabah)
Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Bin Ya'kup, SMN, 1982
Tun Dato' Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Bin Abas, SMN
Tun Daim Bin Zainuddin, SSM, 1991
Tun Hanif Bin Omar, SSM, 1993
Tun Sakaran Bin Dandai, SMN, 1996
Tun Mohamed Dzaiddin bin Abdullah, SSM, 2002
Tun Salleh Bin Abas, SSM
Tun Hjh Rahah Mohd Noah, SSM
Tun Hjh Suhaila Mohd Noah, SSM
Tun Mohd Khalil Bin Yaakop, SMN, 2004
Tun Ling Liong Sik, SSM, 2004
Tun Ahmadshah Bin Abdullah, SMN,
Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi, SMN, 3 April 2009
Tun Jeanne Abdullah, SSM, 3 April 2009
Tun Musa Bin Hitam, SSM, 2006
Tun Ahmad Sarji, SSM, 2007
Tun Dr Lim Keng Yaik, SSM, 2007
Tun Ahmad Fairuz Bin Sheikh Abdul Halim, SSM, 2005

Sumber : wikipedia


notasemut :  tahniah Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan. nanti boleh la tambah 'tun' dekat page fesbuk tu. keh keh keh


wata...niamah!

David Teo, Mohd Noor, Shaheizy Sam, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Nurul Hidayah
(Anak sulung Zahid Hamidi, pengacara Inspirasi Ramadhan KAH KAH KAH!) dan Aizat.

tahniah la sebab dah jadi wataniah. makin kuat la pertahanan negara ye dak?

masalahnya sekarang, ni nak jadi wataniah ke nak pergi kompleks beli belah?
masalah kedua, err takde apa apa lah..


notasemut : terima kasih luca

 

bersih lawannya kotor!

sumber : bernama

"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan”
"Saya akan hadapi sebarang hukuman yang dikenakan berikutan perhimpunan ini.." - Datuk Ambiga, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)