Jun 25, 2011

sempena bersih 2.0 - benarkah SPR itu KOTOR? [video - mesti tengok]

ADA APA DENGAN SENADIN?


Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.

"Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," kata beliau kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk anggota Exco Selangor Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.

- Bernama


tengok la cara polis bertindak, inikah demokrasi?




notasemut : [fakta - undi pos senadin PKR 58; BN 1134] dengan majoriti 58, dan undi rosak yang melampau banyak (186), memang dilihat seperti ada yang tidak kena dengan proses pengiraan undi di kerusi senadin. dan lebih menghairankan, pegawai pengurus pilihanraya menolak untuk melakukan kiraan semula. syabas diucapkan. 'good dog' kata orang jawa.