Jul 1, 2011

sempena bersih 2.0 - pengalaman cetek sang semut

"lu turun tak 9 julai ni?" tanya gua.

"mestilah.. geng lu ramai tak? gua nak join!" balas sahabat gua.

"geng apekebendanya. selama ni dah berapa perhimpunan aman gua turun, semuanya secara solo," tegas gua, berlagak rambo.

"lu tak takut ke?"

"tak. tapi kalau lu ajak pergi rumah urut, itu gua takut," jelas gua. jujur.

"habis kalau kena tangkap guane?" tanya dia lagi.

"mana gua tau, gua tak pernah kena tangkap! kakakaka!"

"babi.."

* * * * * * *

ok, itu antara perbualan ringkas dalam talipon antara gua dan bekas rakan sekolah pada pagi tadi. banyak yang dibualkan, tapi cukup la gua petik part yang ada kaitan dengan perhimpunan bersih sahaja. keh keh keh. sebenarnya bukan pada hari ini je, malah hari hari sebelum ini pun gua sering didatangi soalan yang hampir sama daripada kawan kawan yang berminat nak sertai bersih 2.0 pada minggu depan. yang menariknya, hampir kesemua yang bertanyakan soalan tersebut adalah mereka mereka yang tidak terlibat langsung dengan mana mana parti politik, apatah lagi pertubuhan kristian dan juga komunis. kah kah kah! bagus, ini satu perkembangan yang sihat.

berbalik pada isu kena tangkap. pada gua, kalau nampak gaya macam nak kena tangkap, ataupun diserbu secara tiba tiba oleh pihak polis, lu orang menyerah je la. tak payah susah susah berlari, buat penat je. ini pengalaman peribadi yang gua perhatikan sepanjang join demonstrasi aman sebelum ni. kalau lu lari, tapi hujung hujung pancit dan gagal lepaskan diri, penat-dapat-sakit-pun-dapat. sama juga kalau lu orang tak lari, tapi meronta ronta minta dilepaskan, itu adalah kerja yang sia sia.

polis sangat suka membuli mereka yang merengek merayu minta dilepaskan. dia ada perisai, dia ada cota, dia ada pistol. kita? senjata kita hanyalah doa dan tawakal. jalan terbaik, menyerah dan ikut saja arahan mereka. baju pun tak koyak, barang berharga seperti handphone dan kamera pun tak rosak, kasut pun tak hilang sebelah. ya, kita belajar dari pengalaman. kita cintakan keamanan.

jangan risau, kena tangkap bukan bererti gelap masa depan. kita ada hak. kalau ikut rukun negara, keluhuran perlembagaan letaknya di nombor tiga, dan kemudian diikuti dengan kedaulatan undang undang. jadi maknanya apa? ya, perlembagaan lagi power.

Orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. - Suhakam

notasemut : setakat ni, semua perhimpunan yang gua turun, semuanya aman. yang buat jadi tak aman adalah pihak polis. ye la, kalau tengah berhimpun tiba tiba kena tembak tear gas, mestilah kucar kacir demonstran lari, takkan nak geleng kepala sebut 'cobaan' ye dak? benda yang aman akan kekal aman kecuali diusik. semut yang dipijak pun tahu menggigit!