Jul 3, 2011

TERKINI : pembangkang ambil alih kerajaan thailand!

Yingluck, Pheu Thai win in a landslide

Published: 3/07/2011 at 12:00 AM
Newspaper section: News

Rookie politician Yingluck Shinawatra has led Pheu Thai Party to an overwhelming election win, throwing out the Democrat-led government and winning some 310 or more of the 500 seats in parliament. Official results were expected by 10pm (1500 GMT) from the Election Commission.

Assuming the exit polls are even close, Ms Yingluck is set to be the country's first female prime minister.

Official results were expected by 10pm (1500 GMT) from the Election Commission.

Abhisit Vejjajiva, the acting and now outgoing prime minister, conceded defeat two hours before any official results were announced.



Source : Bangkok Post

sempena bersih 2.0 - titah khas agong (takde cakap haram pun?)

sumber : bernama

notasemut : takde pun cerita pasal gerakan kristian? takde pun cerita pasal komunis? yang gua nampak Agong seru kerajaan melaksanakan amanah dan berlaku adil terhadap rakyat. tak nampak lagi? kenapa patriot dan perkasa yang buat kacau tak diambil tindakan? siap dengan ugutan berbau rasis juga dibiarkan. apa undang undang ni letaknya di bawah kaki umno dan perkasa ke? bangang!

*kenapa titah Agong ni takde sebut pun pasal perhimpunan haram? kalau kat berita seminit sekali sebut perhimpunan ni haram. kah kah kah!

sempena bersih 2.0 - 6 jam Rahmat Haron diikat di Canada!









Selama enam jam, tanggal 1 Julai 2011, di sebuah taman bersebelahan stesen Metro di Rue Beadury, kota Montreal, Kanada, aku berdiri, damai memakai baju BERSIH 2.0. Aku berada di wilayah selamat di mana memakai baju BERSIH 2.0 bukanlah suatu jenayah atau menulis puisi tidak akan dianggap hasutan. Di tanahairku, ratusan telah ditahan, puluhan diganggu ugut, wartawan, aktivis, penulis, malah sasterawan juga, hanya kerana mereka menegakkan hak untuk berhimpun, berpersatuan dan menyatakan pandangan serta pendapat, hak asasi manusia, hak untuk pilihanraya yang bersih dan adil, senarai hak-hak yang jelas sudah termaktub, dilindungi dan dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Hormatku pada mereka yang berani di barisan hadapan bergerak untuk BERSIH 2.0!

Tubuh dan rambutku diikat tali-tali silang menyilang oleh tangan-tangan ramai orang yang ikut menyertai, mengalami performansku yang berjudul Penyambungan dan Pemutusan (Connection and Disconnection) ini.

Sebuah siri - seni pemasangan langsung, arca hidup - yang aku kerjakan sejak tahun 2007, pertama kali di Not That Balai Art Festival, Lost Generation Space. Ideanya terbangun saat cakap-cakap dengan Hamir Shoib, di 'gudang'nya, sekitar hujung 2005 atau awal tahun 2006 barangkali, hasratku ingin menghubungkan tubuh dan ruang sebesar gudang, tidak kesampaian. Kemudian pada tahun 2006, sebelum pameran ulang tayang, kalau tak silap, maksudnya sebelum April, sewaktu pameran lukisan dan melukis Fathul di Peti Seni; suatu lagi perbualan, kali ini dengan Amirudin, kurator BSLN, tentang menyambungkan rambut-tubuhku dengan tiang-tiang ukiran Sarawak yang tegap tertancap di tanah itu, meski akhirnya tidak jadi dikerjakan. Siri ini pernah dipertunjukkan di banyak tempat dan waktu, antaranya di Festival Beyond Pressure 2, Yangon, Myanmar, tahun 2009 dan di bangunan penjara Pudu, pada tahun 2010, di acara malam terakhir sebelum reka bentuk kolonial tersebut diruntuhkan pembangunan, suatu lagi kejadian luar biasa yang dibiasakan - isu-isu perampasan tanah milik negara; tanah TUDM, tanah KTM Tanjong Pagar, jangan terlepas pula Pulau Pisang nanti!



sempena bersih 2.0 - tips menghadapi sekatan polis / roadblock

Dialog peserta Bersih 2.0 dengan pihak polis di suatu sekatan jalan raya.

Soalan: Saya berasal dari Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan untuk ke perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, saya ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut saya buat?

Jawapan: Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut :

* * * * * * *

Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.

Polis: Apa tujuan kamu ke sana?

Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo)

Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.

Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis.

Polis: Errmm. Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.

Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya.

Sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih (016-3126463/016-3126473/014-6451753/012-3928379) untuk proses saman. Sila catat apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara. Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara hubungi peguam atau minta ahli keluarga hubungi peguam. Sila catatkan tarikh, hari dan masa ditahan. Juga, catatkan tempoh anda ditahan. Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis.

* * * * * * *

Contoh laporan polis jika saudara ditahan:

Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.


Sumber : Rakan Facebook


rare earth - kilang bahaya [video untuk mereka yang masih belum paham]



penat dah gua kongsi dan ceritakan pasal keburukan projek lynas di gebeng kuantan. sila rujuk link di bawah




kali ni kita layan video di atas sampai habis dan sila pahamkan. kalau tak paham jugak, dan masih percayakan karam singh walia si pejuang radioaktif, silakan.


PELUDAH WARNA - warna kuning diisytihar racun terbisa!

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A. SAMAD SAID


Peludah Warna by A Samad Said