Jul 5, 2011

sempena bersih 2.0 - menang, kalah, malu atau bangga?

kira betul la cerita muka depan suara keadilan edisi kuning ni

sumber : tukartiub

* * * * * * *

sumber : bernama

sebenarnya pihak umno, perkasa, pesilat, perasuah, mamak patriot, gomen dan polis masih tak puas hati sebab perhimpunan ni masih berjaya diteruskan walaupun dipindahkan ke stadium. ye la dah berminggu dok canang siang malam perhimpunan ni haram, tangkap sana sini, baju kena tangkap, parang dengan botol berpenutup pink pun kena tangkap. kah kah kah! last last agong bagi lampu hijau. hah, mana nak letak muka?

tapi geng ni malu nak bersuara. last last terpaksa gunakan khidmat katak sakti, siapa lagi kalau bukan si ibrahim ali. sebab tu la dia menggelupur tadi mempertikaikan ambiga nak pergi mengadap agong. agong steady je apahal katak sial ni menggelupur tak tentu arah? kah kah kah! nampak sangat la bengapnya. kalau gentle sangat pergi la mengadap sekali woi! bangang!

bagi peserta perhimpunan bersih, ada yang makin bersemangat nak turun kl 9 julai nanti. sebab selama ni memang ramai yang 50-50 sebabkan risaukan keselamatan jika pencacai bertindak liar. sekarang, semua dah lega. siap dengarnya ada yang nak bawak satu family dan jiran jiran untuk join perhimpunan tu nanti. bagus la. gua tumpang gembira.

tapi tak kurang juga ada yang kecewa. rata rata yang kecewa ni mereka yang dah berpengalaman. lebih lebih lagi yang dah merasa pengalaman bersih 2007 dulu. memang spirit berarak di jalanraya dengan berkumpul di stadium tu jauh bezanya. tapi bila fikir positif, berjalan beramai ramai menuju ke stadium pun lebih kurang berarak jugak ye dak? dah habis perhimpunan, boleh la 'kuning'kan kuala lumpur pulak. pergi pekena teh ke, pergi shopping ke, pergi tengok wayang ke hape ke. kan? agong dah isytihar halal ma, apa nak takut!


sempena bersih 2.0 - baju rampasan jadi pelakon utama

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.



sumber : malaysiakini

ok ini kelakar. tengok tajuk entri di atas dan lu orang pikir la sendiri. buang masa gua nak ulas panjang panjang. kah kah kah!

notasemut : kali terakhir gua nampak geng psm ni masa perarakan aman sempena revolusi egypt yang bermula dari masjid klcc hingga ke kedutaan us. penganjur buat hari jumaat, lepas solat. masa tu memang ramai datang. psm pun ada. gua ingat lagi ada sekumpulan geng psm dengan berbaju-t merah dan berjaket hitam menunggu di tempat duduk taman klcc sementara menunggu khutbah dan muslim lain bersolat jumaat. gua senyum dan mereka pun senyum. kalau betul la mereka ni komunis, apa jadah mereka nak join perarakan anti-mubarak? lagipun perarakan tersebut berskala kecil dan majoriti disertai muslim yang bukan beragama umno. jadi, kesimpulan yang gua nampak psm ni berfikiran terbuka dan lantang menentang kezaliman. mereka bukan komunis. berarak pun sehelai sepinggang je. sumpah gua ada nampak geng psm ni ada bawak botol, tapi botol air mineral sejuk la. keh keh keh


chedet menipu isu pelancongan mesir

sumber : chedet lupa google

blogger hanief ada menjawab isu demonstrasi yang dibangkitkan chedet tadi. sini gua nak tambah sikit. sikit je. gua ambil point nombor 3 je. silap la dia nak kencing pembaca dengan fakta palsu.

sebenarnya gua dah mengantuk, gua jawab ringkas je la dengan ambil petikan ringkas dari website berkaitan isu pelancongan mesir ni. nah amik ko!

Egyptian minister of tourism Mounir Fakhri Abdel-Nour said: "International tourists are slowly beginning to return to Egypt. - world leisure org

800,000 tourists visited Egypt in April, down from 1.24 million in the same month last year.
"I expect the number of tourists will jump back to its normal rates by the beginning of this season in September and October," Abdel-Nour - ahram online

so chedet, kecek molek sket. pelancong belum kembali kepala hotak lu!


semut di pentas showdown

sumber : showdown leaderboard

dipendekkan cerita, siang tadi gua pergi join final tournament anjuran 8tv showdown. mula mula tu liat juga nak pergi, tapi lepas hanna 8tv cakap, "datang je, semua dapat hadiah" maka gua jadi bersemangat. ye la bukan gua sorang, wife gua pun layak ke final juga!

dipendekkan cerita lagi, gua kalah. wife gua pun kalah. kah kah kah! ye la, semua yang power power satu malaysia masuk. tapi kira ok la sebab kitorang dapat juga top 12 daripada entah berapa ramai yang main sejak dari minggu pertama showdown 2011 lagi. heh lagi pun bukannya kena bayor, apatah lagi sms! 

harap 8tv tak kecik hati la sebab gua tak pernah pun sms undi crew yang bertanding dalam showdown tu. gua cuma layan main game je boring boring. tak sangka pulak layak ke final. syukur alhamdulillah

akhir kata, terima kasih 8tv, sony, adidas, gua.com.my, tonton.com.my dan matchmove games di atas hadiah saguhati yang sangat lah banyaknya. kira raya ni memang gua tak payah beli baju la. kah kah kah! err bola adidas tu boleh tukar tak? gua tak sokong ac milan!

berikut antara gambar yang sempat gua tangkap sambil tunggu tournament bermula..







notasemut : gua nak buat apa dengan nombor talipon hanna 8tv ni?