Jul 30, 2011

Tragedi Port Dickson [GAMBAR]


PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.


Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.



Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.

Sumber : Bernama Fotoweb

* * * * * * *

Sebelum kejadian..

sumber : bernama 11.40 pagi tadi

* * * * * * *















sumber : fesbuk

ASTAGHFIRULLAH,,!!!
inilah antara ungkapan yg kami anak2 muda Telok Kemang dgr pabila bertemu dgn semua ahli2 keluarga kadet penamat latihan tentera dan pdrm di PUSASDA tadi yg turut dirasmikan oleh najib tun razak / ROSMAH MANSUR / zahid hamidi / hisham the pon..
ADAKAH INI BALA...???
- apabila seorang bayi kecil berumur 3 bulan terbang ditiup angin kuat ketika ribut berlaku dan hampir jatuh kedalam longkang yg bertakung dgn air.
ADAKAH INI BALA...???
- apabila banyak kenderaan rosak teruk apabila ditenggelami air di kawasan yg sebelum ini BELUM PERNAH banjir.
ADAKAH INI BALA...???
-apabila 2 buah kampung berhmpiran dgn tempat dukun ada semua banjir ditenggelami air.
ADAKAH INI BALA..???
- apabila beberapa biji kenderaan rosak dan hancur teruk apabila ditimpa pokok dan tiang2 elektrik..
ADAKAH INI BALA...???
- apabila 2 orang meninggal dunia ditimpa pokok ketika berada dlm kereta mereka.
ADAKAH INI BALA...???
- apabila khemah2 yg dipasak kuat di kawasan dataran lapang, terbang ditiup angin. yg mnjadi kehairanan,hanya khemah PDRM sahaja yg terbang dan hancur dibantai ribut, tetapi khemah2 kepunyaan tentera hanya mngalami sedikit shj kerosakkan..fikirkan..
ADAKAH INI BALA...???
- apabila gerai2 peniaga2 kecil habis hancur dibantai ribut dan bertaburan diatas jlanrya..
ADAKAH INI BALA...???
-apabila bumbung2 atap2 rakyat yg tinggal berhampiran kawasan dimana PM dan rosmah ada, habis terbang dan hancur berterbangan..
ADAKAH INI BALA..???
-apabila kubah masjid bagan pinang tercabut dari tiangnya dan terhempas ke bumi

ADAKAH SEMUA INI BALA APABILA KAMI RAKYAT TELOK KEMANG MENYATAKN DENGAN SEBENAR BENARNYA BAHAWA BELUM PERNAH BERLAKU RIBUT SETERUK INI, TATKALA SEORANG DUKUN DARI PUTRAJAYA HADIR BERSAMA SUAMINYA DI BUMI TELOK KEMANG INI...!!!

kredit gambar : brader saufi samm - anak jati PD


rosmoh seru sumbangan ikhlas tabung rayuan hari pahlawan

sumber : bernama

bagus betul suami perdana menteri malaysia ni. ke hulu ke hilir dia buat kerja. projek permata dia handle, teknologi hijau pun dia kepala, hal ehwal wanita dan masyarakat pun dia jaga, dan sekarang, kerja kerja kutipan tabung rayuan hari pahlawan pun dia masuk campur juga. peh. bukan senang nak dapat orang rajin macam dia ni. sebab tu dia kaya raya boleh pakai banyak beg tangan kulit buaya. kah kah kah!