Aug 11, 2011

misteri bible nusantara

sumber : facebook la mana lagi

ok ini tak kelakar. dari pagi tadi gua perasan status jenis macam atas ni penuh dekat news feed facebook gua. mula mula tu gua buat buat tak nampak je, sebab status jenis spam ni gua dah malas nak layan sebenarnya. lagipun gua tengah lapar, lagi la malas jadinya.

tapi bila dah lebih 10 orang update benda lebih kurang sama, gua jadi tensen. gua try la buat benda yang dia tulis tu. ala benda blablabla.blogspot.com tu la. lepas tu? kah kah kah! padan muka semua. sikit pun tak best. baik baca kad pengenalan sendiri daripada layan baca website macam gitu ye dak?

tapi tu la masalahnya, bila gua fikir fikir balik. mudah betul melayu ni kena ayam ayamkan. gua syak orang yang mula mula up status macam screenshot di atas la yang sebenarnya yang nak promote website tersembunyi tu. untuk apa? entahla gua pun tak tau. itu dia punya hal. gua baca takde pulak rasa nak jadi murtad ke mende. tapi siapa tahu daripada 1000 orang yang baca mungkin ada seorang yang akan tertarik? ya, jadi itu la tujuannya. dan kita pulak tolong sebarkannya lagi. keh keh keh

sebab tu la gua tak copy dan paste status jenis macam atas tu. sebenarnya lu orang menyebarkannya supaya lebih ramai orang tau benda yang.. err rasanya tak perlu tau pun takpe. dan sekarang, rasanya semua pembaca pun dah tau. sebab gua dah bagitau! kah kah kah!


notasemut : harap takde la yang gua murtadkan hari ni.

demo sokong jais dan pertahankan Islam [gambar]



sumber gambar : blog pencacai

notasemut : kalau gua bukan Islam, confirm gua makin benci dengan Islam bila tengok gaya monyet monyet ni semua..