Aug 18, 2011

Anna Hazare, protes anti-rasuah dan media pro-rasuah

sumber : utusan perasuah










ok kisahnya mudah. aktivis anna hazare ni melancarkan mogok lapar bagi mendesak kerajaan India membersihkan apa yang patut dalam sistem kerajaan depa. kira ok la tu tuntutan dia. bukan apa, gejala rasuah di india ni sejak gua sekolah rendah lagi dah biasa tengok petang petang dekat tv2. memang power punya rasuah. sampai tahap hero kampung tak boleh tahan, mengamuk belasah semua orang jahat termasuk polis polis korup baru la setel segala masalah.

lepas baca berita utusan kat atas tu, gua pergi google layan gambor gambor protes masa dia ditahan. disebabkan tak berapa nak percaya dengan utusan, gua pergi baca sendiri apa berita India online tulis pasal isu ni. dan seperti dijangka, taktik media dia lebih kurang je dengan malaysia ni rupanya. tak percaya tengok sendiri gambar highlight merah dekat bawah ni.

sumber : times of india


"We are emerging as one of the important players on the world stage. There are many forces that would not like to see India realize its true place in the comity of nations. We must not play into their hands." - kata PM India sambil menuduh protes tersebut didalangi Amerika.
gua ingat najib je kelakar, rupanya manmohan singh ni pun boleh tahan badut juga. dah sah sah orang tua tu protes sebab nak hapuskan rasuah yang makin teruk dalam kerajaan India, apa ke jadahnya Times of India cerita protes didalangi amerika pulak ni? ni belajar dari siapa ni? belajar dari hishamudin hussein masa bersih 2.0 ke ni? gua harap lepas ni polis India takde la jumpa parang, bom molotov dan t-shirt bertulis 'I am Anna' di semak berhampiran lokasi protes pulak. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! oh ya lagi satu harapan gua supaya penduduk India takde la beramai ramai masuk kristian pulak lepas ni. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut :  budaya media putar belit ni sebenarnya berleluasa sejak zaman chedet lagi. ala, pendatang kerala tu..