Aug 26, 2011

menjelang pilihanraya umum - syarikat pos peluru dikenal pasti

sumber : utusan satan

kah kah kah! ni berita lawak apa ni? polis sudah mengenal pasti syarikat kurier yang digunakan untuk pos peluru? kah kah kah! bukan ke sekali pandang je boleh tau syarikat kurier mana? dhl, nationwide, poslaju, kangaroo, ups, fedex, tnt, skynet, city link dan lain lain. bukan ke semua syarikat courier tu pakai consignment note dengan lambang dan nama syarikat masing masing? itu pun polis ambil masa sehari ke nak kenal pasti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

pergi la buat kerja lain woi. molotov cocktail berpenutup pink, parang bau kedai dengan t-shirt bersih 2.0 packing ikut saiz itu hari pun tak setel lagi ni. kah kah kah! sudah sudah la bodohkan melayu, melayu dah muak dengan berita bangang macam ni woi!

notasemut : awas, peluru telah disahkan hidup. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!



ramadan yang tenang jangan disangka tiada si kitul

sumber : bernama

kah kah kah! angin takde ribut takde syaitan takde tiba tiba lepaskan jawatan? lepaskan jawatan sebab sebab kepentingan parti? ini keindahan pentadbiran umno? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

kenapa gua gelak sakan ni? nah baca sendiri dekat bawah ni.. (dipetik dari blog gunungmatcincang)


December 25, 2009 4:25 AM

SALAM.

Terima kasih diatas komen rakan!

Dan mungkin inilah gambaran sebenar perjalanan dan pimpinan UMNO terdahulu dan yang terkini dan mungkin inilah virus-virus yang sedang menyerang UMNO Padang Serai dari dalam oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Segala ketidakpuasan ini adalah berpunca dari berebut sisa-sisa bangkai yang masih ada.Projek dan kedudukkan adalah menjadi Agenda utama mereka!

Dari faktor dalaman inilah "SI KITUL" menyangak kesempatan untuk Agenda peribadinya.

Sayangnya pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang sedang berebut "BANGKAI" yang ada tidak merasa dari perbalahan mereka akan merosak seluruh perjuangan bangsa.

Benarkah mereka ini dipilih atas dasar mampu memimpin bangsa ATAU dipilih atas dasar mereka bijak melapah Projek yang ada?

Andainya perpaduan UMNO Padang Serai diperingkat Bahagian ini masih berpanjangan.

Insyaallah "SI_KITUL" yang mengkafankan UMNO Padang Serai!

Hari ini "SI_KITUL" sedang berusaha untuk melingkup dan meranapkan UMNO Padang Serai.

Andainya perbalahan diantara ketua bahagian dan Timbalan masih belarutan. Insyaalah hancurlah UMNO padang serai!!

Siapa Si-Kitul yang licik itu? Tunggu saatnya Si Kitul bergelar juara Rakyat dengan alasan UMNO Padang Serai sudah tidak relevan lagi untuk dipimpin oleh mereka yang lebih berkepentingan pribadi!


notasemut : sekarang dah tau kenapa gua gelak? ya, sebab depa tengah perang!


pandu cermat poket selamat



Had laju jalan persekutuan, negeri dikurangkan

2011/08/25

KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan "balik kampung" untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
Beliau berkata, pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lalu sehingga 6 September.
"Walaupun kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak empat peratus sepanjang tempoh Januari-Jun tahun ini, namun langkah berjaga-jaga adalah penting diutamakan sebelum dan selepas perjalanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2011 sempena perayaan Aidilfitri, di sini hari ini.

Mengenai tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang melanggar had laju itu, Kong berkata pelbagai badan penguatkuasa sudah mengambil langkah berhubung perkara itu.

Katanya, kementerian akan memantau keadaan sepanjang kempen itu bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian.

Mengenai permintaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional supaya kementerian merombak Akta Pengangkutan Jalan 1967, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, beliau berkata kementerian akan mengkajinya.
Malah, katanya, agensi berkenaan di bawah kementerian itu mengadakan mesyuarat pagi ini untuk membincangkan perkara itu.

"Kami akan kaji cadangan itu dan maklumkan kepada mereka," katanya.

Mengenai laporan kira-kira 1,200 bas gagal ujian PUSPAKOM, beliau berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan mengendalikan perkara itu.

"Untuk mereka yang gagal, mereka perlu lakukan pembaikan atau tukar alat ganti yang perlu dan mereka perlu jalani ujian sehingga lulus. Selepas itu baru boleh berada di jalan raya," katanya.

Kong turut menasihatkan pengguna jalan raya yang akan balik ke kampung halaman untuk Hari Raya mengikut nasihat jadual perjalanan yang dikeluarkan syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Expressways bagi mengelakkan kesesakan.

"Saya ingin nasihatkan juga supaya orang ramai menjaga Tiga K apabila memandu iaitu kelajuan, kesabaran dan kecergasan," katanya. - BERNAMA


notasemut : benda benda macam ni buat gua murka ni!