Sep 8, 2011

sempena prepaid kena cukai - ubah gaya hidup

kadar baru selepas cukai ni akan bermula pada 15 september 2011


hah, amacam? tension? bengang? marah? terajang pintu? hempas bantal? belajar buat isyarat asap? bela burung penghantar surat? kah kah kah! sejujurnya, gua tak efek sangat dengan hal cukai prepaid ni. ye la, alangkan zaman bujang pun gua ni jenis pemalas nak topup + talipon makwe, inikan pulak bila dah kawin. bertambah tambah la malasnya. keh keh keh

lagipun dekat opis tu, kedudukan talipon betul betul depan meja gua. siap bos gua pernah sound, "u tolong pantau penggunaan phone, i tak kisah kalau u nak pakai untuk personal matter, tapi jangan lama sangat. dan paling penting, jangan bagi budak budak salah guna phone tu. fyi, akaun bil phone tu bawah kuasa u, kalau over limit, i cari u. nah salin lock & unlock code.." dan macam biasa gua akan balas dengan dua patah perkataan paling power, iaitu, "baik bos!"


disebabkan itu, gua punya tabiat malas topup makin menjadi jadi, dan ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada gua. sampaikan pihak hotlink (selalu) terpaksa pujuk gua suruh topup dengan tawaran kredit percuma. biasanya offer pertama (free RM3) gua buat buat tak nampak dan malas nak layan, sampai la hotlink keluar offer yang berbaloi baloi, contoh seperti di bawah. topup RM10, free RM10. kah kah kah! puas hati gua ketawa sambil gores kad prepaid beli dekat kedai belakang. kah kah kah!



pengajarannya, kalau ada cara lain untuk berhubung, gunakan sebaik mungkin. dalam kes gua, gua jadikan facebook sebagai pusat perhubungan utama. tak kira la dengan kawan-kawan, keluarga atau saudara mara. semuanya gua mesej melalui facebook. kalau orang sms pada henpon pun gua tetap reply dekat akaun facebook dia balik. kah kah kah! kecuali hal hal urgent, baru la gua akan pakai phone pejabat.. 

notasemut : itu hari kerajaan juga yang suruh kita ubah gaya hidup dan amalkan hidup berjimat cermat, kan?  


judi - antara dua darjat

ini judi haram - sumber bernama

ini judi halal. keputusan judi boleh didapati dari akhbar utusan yang memperjuangkan bangsa melayu hingga ke titisan darah terakhir!


khairy jamaluddin = kampung tokai

ALOR SETAR, 7 Sept - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Beliau berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana taraf pangkat mereka sama iaitu Timbalan Presiden parti masing-masing.

"Siapa Khairy? Ketua Pemuda sahaja, biarlah yang sama level berdebat... kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah).

"Sepatutnya beri peluang pada Mat Sabu untuk dia buktikan siapa Mat Indera ini. Malangnya media pun tak beri peluang kepada Mat Sabu untuk jelaskan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Khairy yang hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu walaupun telah mendapat jemputan Pemuda PAS, yang mencadangkan satu debat antara Khairy dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Khairy dalam entri twitternya berkata beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu dan bukan dengan orang lain kerana Mat Sabu merupakan penyebab kontroversi masa ini.

Azizan berkata, sebelum ini beliau pernah mencadangkan supaya sejarawan berbincang mengenai perkara terbabit dengan Mat Sabu kerana ia melibatkan persepsi sejarah.

"Kenapa tidak orang sejarawan duduk berbincang dengan Mat Sabu...kita belajar sejarah untuk tengok ke hadapan, bukan untuk tengok ke belakang. Lagipun sejarah kita tak proper recorded, banyak dari hearsay kecuali Al-Quran saja yang tetap," katanya.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Sumber : Bernama

* * * * * * *

notasemut : sila buat laporan polis. ini satu penghinaan buat warga kampung tokai. sebenarnya khairy jamaluddin tarafnya jauh lebih rendah, iaitu lebih kurang standard pasukan bolasepak yang petang petang susun selipar (jarak sekangkang) buat tiang gol. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!