Sep 15, 2011

najib umum ISA mansuh, hisham umum ISA diganti baru tidak lama lagi

sumber : bernama 10:11pm

sumber : bernama 10:51pm

kah kah kah! nampak tak si hisham cakap apa?

Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

tidak perlu membentangkan sebarang pindaan? kah kah kah! neraka apakah ini? baik najib umumkan ISA sebenarnya tak mansuh, tapi tukar nama je tadi ye dak? senang sikit orang kampung nak paham. kah kah kah! malaysia boleh! selamat hari malaysia! apa yang selamat? adik beradik sedara mara pemimpin tertinggi umno je yang selamat. najib dengan hishamuddin ni anak siapa? cucu siapa? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


menjelang pengumuman penting najib - selangor perkenal gaji minima RM1500 tahun depan


SHAH ALAM 15 SEPTEMBER : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

“Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor,” katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya. - Selangorkini

notasemut : hah apa cerita ni? mana dia perdana menteri yang ke hulu ke hilir laung 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tu? last last, habuk pun tarak. malu la woi!


selepas bersih 2.0 - utusan menggelupur sampai sanggup buat kajian palsu

sumber : utusan syaitan

ok berita ni sumpah kelakar. berita macam ni la yang buat utusan ni dibenci umat manusia seluruh alam, kecuali spesis dungu. kenapa?

tengok tajuknya - 'kajian di eropah, dakwat kekal mudah dipadam'. serius gua minat tajuk ni sebab gua memang minat benda benda yang melibatkan kajian. tapi bila gua baca perenggan pertama lagi gua dah menyirap, apa hal nak petik nama pembangkang pulak ni? kajian buat la cara kajian. ok fine. disebabkan minat dengan kajian, gua teruskan membaca..

masuk perenggan kedua, ketiga dan seterusnya, gua surrender. dengan lafaz bismillah, gua angkat dua jari tengah tegak tepat ke arah monitor. ini berita palsu! ini bukan kajian, lahanat! ini lu reka cerita sendiri untuk bodohkan melayu yang baca akhbar lu! melayu yang kerjanya bodohkan melayu adalah keturunan melayu paling sial! kalau macam ni bila pemikiran anak bangsa nak maju! bodoh! kepala bapak kau hanjing! ptui!

gua 'wish' siapa yang terlibat dalam menerbitkan berita kajian palsu ni ditimpa bala yang paling power sekali. lu jaga baik. 

notasemut : selain tajuk, cuba kira ada berapa perkataan kajian dalam berita di atas? hah dapat? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!