Sep 23, 2011

HARAM ajak rakyat mengundi, HALAL tonton video lucah

SKMM diminta jelas sebab larang video 'Undilah' - Malaysiakini

Pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa stesen-stesen TV tempatan diarahkan supaya berhenti menyiarkan video yang menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi, kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) - "Undilah" - yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah (kanan) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, adalah antara mereka yang muncul dalam klip video itu yang turut menampilkan ahli politik BN seperti ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.


* * * * * * *




A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

notasemut : video ni takde mat bangla, mat indon, nepal, filipina dan lain lain. sebab tu skmm tak suka. lain kali buat video yang siap ada adegan lucah. confirm hari hari keluar tv3. pete teo, please take note.