Sep 28, 2011

HOT : editor kanan utusan 'tak sengaja' bogelkan najib

sumber : malaysiakini (berita penuh di dalam)

hah nak kira checkmate ke macam mana ni? macam mana kos belanja najib boleh diperolehi dengan detail dan pantas? maknanya detail pembaziran yang anwar dedahkan selama ni betul la ye dak? kah kah kah! kalau fitnah buat apa nak pakai orang dalam, reka sendiri pun dah cukup. kah kah kah! siapa nak jawab ni?

berikut gua kongsikan dua berita (sebenarnya banyak lagi, sila google sendiri) mengenai perbelanjaan mewah lawatan najib sepanjang menjadi perdana menteri. nah amik!


* * * * * * *

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri ROsmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011. Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.


Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

“Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya,” kata Tian ketika ditemui Keadilandaily.

Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara.

“Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?

“Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.

“Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan,” soal Tian Chua.

Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Sumber : Keadilandaily

* * * * * * *

Najib sewa jet mewah untuk bercuti - Anwar

Penasihat Keadilan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yang kecewa kerana di saat rakyat disuruh berjimat cermat dan dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga minyak petrol dan kadar tol, pemimpin-pemimpin negara membazir wang rakyat untuk bersenang lenang dengan jet-jet mewah.

“Selepas itu Najib dan rombongan 16 orangnya ke Tokyo, kemudian berlepas Honolulu sebelum ke Las Vegas dengan menyewa sebuah jet mewah,” dakwa Anwar yang dipetik daripada laman web Suara KeADILan online.

“Persoalan yang kita ingin tanya ialah, apakah benar berita yang saya terima ini. Sekiranya benar dari mana seorang Timbalan Perdana Menteri (sebelum jadi PM) memperolehi wang yang banyak untuk mampu menyewa sebuah jet eksekutif mewah bagi percutian tidak rasmi? Yang pasti duit ini adalah duit rakyat yang jadi pembayar cukai,” tambah Anwar.

Sumber : Harakahdaily

* * * * * * *

notasemut : ini belum masuk kos belanja cincin jacob&co, gelang zebra dengan beg hermes birkin kulit buaya lagi ye dak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! jawab! jawab!


selepas bersih 2.0 - 69 ribu nama pengundi di'bersih'kan dalam 3 bulan

sumber : utusan syaitan

notasemut : kenapa mulai julai baru nak dibersihkan nama nama tu semua? habis selama ni ke mana perginya undi undi mereka? kenapa sebelum julai tak buat kerja? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Tragedi letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya [gambar]

SUBANG JAYA, 28 Sept (Bernama) -- Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Galeri Empire di sini, awal hari ini.

Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelangan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.

"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini.

Polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi ini.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya kepada Bernama.








sumber gambar : twitter dan facebook