Oct 17, 2011

MARAN - takungan air pecah, penduduk terjejas dan gangster tunjuk taring [gambar]







sumber : tv3

berikut petikan daripada berita tersebut. baca yang highlight merah tu. amacam?

Lebih seribu penduduk di dua ladang dekat Sri Jaya, Maran, Pahang terputus hubungan sejak semalam kerana banjir lumpur.

Kejadian dipercayai berpunca daripada takungan air sebuah lombong bijih besi yang pecah kira-kira 10 malam semalam.

Krew kami ke lokasi sebaik menerima email mengenai kejadian itu yang dikirim seorang penduduk.

Melalui jalan ladang hampir dua jam akhirnya kami tiba di tempat kejadian.

Ibarat padang jarak padang terukur seluruh penempatan penduduk dipenuhi lumpur.

Beberapa kenderaan termasuk lori hantu yang dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengangkut bijih besi turut dihanyutkan lumpur.

Berdasarkan kesan pada dinding kedai dan rumah penduduk dinaiki lumpur lebih satu meter setengah.

Ekoran kejadian itu pengusaha lombong menggunakan berpuluh-pupuh kenderaan berat bagi membersihkan banjir lumpur di kampung ini.

Manakala pekerja asing termasuk dari Bangladesh dan Indonesia pula dikerahkan membersih sisa lumpur di kediaman penduduk dan kedai.

Menurut penduduk kejadian berlaku terlalu pantas mulai 10 malam semalam.

Ia berpunca dari takungan air di atas bukit yang digunakan untuk membersih bijih besi pecah secara tiba-tiba.

Akibatnya jalan utama yang menghubungkan ladang berkenaan dan pekan Sri Jaya ditenggelami lumpur dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan ringan dan hubungan penduduk terputus sama sekali.

Kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua ladang serta kampung berdekatan tidak dapat ke sekolah.

Mereka termasuk enam pelajar yang sedang menduduki peperiksaan menengah rendah PMR.

Kegagalan mereka hadir untuk menduduki peperiksaan itu meresahkan ibu bapa.

Bagaimanapun penduduk kampung yang ditemui enggan ditemuramah.

Ia berikutan sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda berlegar mengawasi tempat kejadian.

Kumpulan yang dilengkapi walkie taklkie dipercayai tonto bertindak agresif dipercayai mahu merahsiakan bencana ini.

Kami cuba mendapatkan ulasan daripada pengurusan syarikat perlombongan terbabit, tetapi gagal.

Manakala ulasan daripada Pejabat Tanah dan Galian serta agensi berkaitan akan kami perolehi esok.

Sementara itu kehadiran krew kami ke lokasi, nyata tidak disenangi kumpulan lelaki yang dipercayai tonto ini.

Usaha kami untuk masuk ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur dihalang.

Kumpulan terbabit melakukan pelbagai provokasi.

Selain memberi amaran supaya kami segera meninggalkan kawasan kejadian mereka turut meletakkan beberapa buah kenderaan berat di atas jalan bagi menghalang krew kami masuk ke kawasan ladang.

Sebuah kereta penduduk yang dinaiki jurukamera kami pula turut dilanggar dari belakang.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang dialami.

Bagi mengelak kejadian lebih buruk krew kami mengambil keputusan keluar dari lokasi kejadian dengan diringi kumpulan lelaki terbabit.

sumber : utusan syaitan

notasemut : ni baru tragedi yang melibatkan kolam takungan kilang proses bijih besi, kalau lynas macam mana? siapa berani jamin tiada 'takdir' yang akan melanda loji takungan sisa radioaktif lynas nanti? siapa?


semut merayap ke rumah jamil khir [gambar]

jalan masuk

rumah jiran dalam pembinaan

dari tepi

kereta dalam pagar

dari depan

sumber (masa belum siap) : Jamil Khir - Saya guna duit sendiri bukan zakat (harakahdaily)

seingat gua isu jamil khir ni mula mula timbul bila beliau didakwa menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman. kisahnya seperti berikut..

Pada 21 Jun 2011, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution mempersoalkan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu. Cek RM31,150.00 diserah kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April 2010. Sedangkan mereka bukan asnaf yang lapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendedahkan peruntukan zakat MAIWAP digunakan untuk membiayai yuran guaman Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.Mereka berdua berhadapan tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemusykilan timbul kerana "Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali." - wikipedia Jamil Khir

bila isu dah panas, tersebar la pulak gambar kediaman jamil khir ni di merata pelosok internet. tapi bukanla nak tuduh jamil khir salahguna wang zakat untuk buat rumah, cuma masalahnya kos guaman dia pakai duit zakat, duit buat/renovate rumah ada pulak. keh keh keh. terus terang kabor pada gua rumah dia ni takde la happening sangat, besar lagi 'istana' depan tesco banting tu.


notasemut : gambar dari harakahdaily yang bawah sekali tu masa 'kubah' rumahnya belum siap lagi. masa gua pergi sabtu itu hari dah siap dah. nasib baik pak guard yang duduk dalam pondok pengawal tu tak perasan gua pusing dua tiga kali dekat situ. mungkin dia tengah sibuk update status fesbuk.