Nov 10, 2011

shahrizat disyaki guna duit projek lembu beli kondo mewah - laporan SPRM dibuat

Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta?

KUALA LUMPUR, 10 Nov: PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta.

Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009.

Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut.

Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140.

Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

"Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.

Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya.

Lapor SPRM

Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu.

Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.

Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini. - Harakahdaily






sumber : one menerung


kes shahrizat lembu - bongkar dengan fakta [dokumen bukti]

SEMAKAN dalam hansard parlimen bertarikh 31 Oktober 2011, muka surat 105, Noh Omar dilihat cuba membela kegagalan projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mendakwa setakat ini, kerajaan hanya meluluskan RM181 Juta sehingga 31 Julai 2011 kepada syarikat keluarga Shahrizat Jalil (Sebut Kroni), National Feedlot Corpration Sdn Bhd.

Namun begitu hasil carian penyata kewangan NFC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM mendedahkan sebaliknya. Kerajaan sebenarnya telah memberi kesemua pinjaman berjumlah RM257 juta kepada National Feedlot Corpration, NFC.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dokumen SSM ini mendedahkan bahawa Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518.




sumber : milosuam

gua nak ulas panjang panjang pasal shahrizat lembu ni bikin hati panas je. jadi untuk mengelakkan gua memaki hamun tak tentu arah, gua tambah dokumen bukti di bawah sebagai rujukan pada mereka yang berminat. nah amik!






sumber : Era Pasca Facebook
notasemut : nampak tak ada berapa kompeni semuanya?


raja saudi sokong, pandang tinggi, hormat, puji najib dan kerajaan

sumber : utusan syaitan

notasemut : masalahnya sekarang, berapa kali dia nak ulang berita 'syok sendiri' macam ni? kenapa tak cerita rosmoh turun 10 kilo tapi jambul naik 10 inci lepas tunai haji? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!