Nov 21, 2011

isu air kotor - air pahang, perlis rupanya lagi kotor dari kelantan [bukti dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara - SPAN]


ok atas ni keratan akhbar utusan syaitan yang mendakwa air kelantan terkotor (?). kenapa ada tanda soal? ya, tanda soal itu lah 'jawapan'nya. tanda soal menunjukkan ada yang lebih kotor daripada kelantan. cuma disebabkan melayu dalam utusan tu majoritinya syaitan, maka kelantan la yang jadi mangsa. kah kah kah!

untuk maklumat lebih detail, gua letak jawapan padu daripada pihak kerajaan negeri kelantan. jemput la baca.

* * * * * * *

Respon Terhadap Laporan Mingguan Malaysia Pada 20 November 2011

"Air Kelantan Terkotor?"

1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Dato’ Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.



Yang Amat Berhormat Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011



sumber : fan page TGNA


BOIKOT KR1M - pergi jahanam sama kesihatan, jangan kacau bisnes mamak mydin!


gambar atas ni gua copy dari website kedai rakyat 1 malaysia. amacam? bangang bukan? website berniaga buat la cara berniaga. bukan kutuk/hina wakil rakyat (baca: wakil kepada rakyat) dengan meletakkan kartun-tak-kelakar-lukisan-kartunis-miki seperti di atas. 

apa salah tony pua? beliau cuma mendedahkan bahaya yang terdapat dalam beberapa produk yang dijual oleh kedai 1 malaysia. dan hasil pendedahan tersebut, kedai 1malaysia telah menggelupur lalu menarik balik jualan susu 1 malaysia minggu lepas. kira ok la ye dak? pada gua beliau adalah hero kerana bertindak pantas menyelamatkan anak anak kecil sebelum menanggung padah akibat daripada meminum susu jahanam tersebut. kan? kan?

adakah disebabkan beliau wakil rakyat (baca lagi sekali: wakil kepada rakyat) daripada parti pembangkang, maka beliau layak dihina sedemikian rupa? hey come on, ini baru true wakil rakyat. wakil rakyat harus membela nasib rakyat, bukan menjadi wakil kepada pihak peniaga (baca: mamak mydin) untuk memastikan mereka terus untung walaupun menjual produk yang jahanam. 

di bawah, gua letak gambar kartun bangang tersebut versi besar sikit. lu orang nilai la sendiri.


* * * * * * *

‘Sue me’, Pua tells KR1M boss

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Tony Pua says Datuk Ameer Ali Mydin can sue if he is unhappy over remarks by the DAP publicity chief concerning allegedly substandard Kedai Rakyat 1 Malaysia goods, The Malay Mail reported today.

“Sue me if you are not happy with my statements or claims. Take me to court if you have to,” the Petaling Jaya Utara MP told the daily.

Kedai Rakyat is a chain of government-backed thrift shops run by local hypermarket operator Mydin Mohamad Holdings Bhd, which is headed by Ameer.

Pua claimed earlier this month that tests by two certified laboratories had detected the presence of E. coli and a higher than permitted amount of coliform in the own-brand fresh milk sold at Kedai Rakyat 1 Malaysia outlets.

Strains of E. coli can cause food poisoning if ingested by humans.

He also claimed the 1 Malaysia Growing Up Milk Powder did not contain at least 15 of the legally required nutrients and carried 6,012 international units (IU) of Vitamin A per 100kcal — 802 per cent above the permissible limit.

However, Pua said that he would not give the test findings to Mydin or the Health Ministry as copies of the report had already been provided to the media.

“Why should I submit my findings to Ameer or the Health Ministry? I’m sure they have got them,” he said, adding that Ameer was trying to divert attention from the test results by demanding Pua furnish proof of his claims.

Responding to Pua’s challenge, Ameer told The Malay Mail he was not keen on taking the matter to court as that would generate publicity for the DAP lawmaker’s allegations.

“It is not impossible to sue him but he is a politician and he wants the publicity. If I take him to court, he would be happy as he can get free publicity from the media,” he said.

“Why should I do that? As an MP, Pua has a responsibility to the people to come forward with what he had supposedly found.”

Mydin had yet to receive a single complaint from the public regarding their products, Ameer also stressed.

He added that tests conducted by the Health Ministry on Kedai Rakyat growing up milk powder identified by Pua would be revealed tomorrow.

Pakatan Rakyat lawmakers have accused the government of taking advantage of the poor by selling them “substandard products” at Kedai Rakyat 1 Malaysia, launched in June by Datuk Seri Najib Razak.

The prime minister launched the first of three shops now operating in the Klang Valley in response to rising inflation, which hit a two-year high of 3.5 per cent that same month.

Kedai Rakyat offers 250 generic products like rice, oil, flour, bread, eggs, milk powder and diapers at prices 30 to 40 per cent lower than market rates, as well as branded goods.

The government plans to set up more outlets in other locations, similar to the 1 Malaysia clinics the Najib administration has established in states like Sabah and Sarawak.

sumber : tmi