Nov 24, 2011

pendedahan promosi minyak buletin utama - PLATINUM OIL website copy paste

sumber : platinumoil.my
walaupun hari ni gua agak down, gua gagahkan juga tengok buletin utama. untung untung dapat tengok rosmoh. tapi malangnya, rosmoh tiada. dalam banyak banyak berita bohong, gua tertarik dengan satu segmen khas mengenai promosi minyak pelincir keluaran PLATINUM OIL & GAS SDN BHD. bukan apa, kalau dah keluar segmen khas, itu merupakan satu pengiktirafan besar dan pada masa yang sama, kompeni tersebut dapat jimat berjuta juta ringgit kos iklan sebab memang confirm buletin utama tadi ditonton oleh berjuta rakyat malaysia.

persoalannya, benarkah minyak tersebut betul betul power? langkah pertama, gua google. dah memang tabiat gua tengok dengar berita sambil menghadap internet. jadi sekelip mata gua jumpa website tersebut, namanya - www.platinumoil.my. lihat gambar di atas. poyo bukan? kompeni baru wujud tiba tiba dah claim 'WORLD NO 1'. peh!

dengan hati panas akibat tertipu-pandang-pertama, gua terus masuk ruangan ABOUT US seperti di bawah. hah nampak? kalau tak nampak boleh klik gambar kasi besar.

sumber : platinumoil.my/aboutus
disebabkan gua dibesarkan di dunia automotif, gua kagum juga la susunan ayat yang menerangkan background kompeni tersebut. tapi disebabkan gua benci buletin utama dan panas dengan ayat 'WORLD NO 1', gua cuba selidik lebih lanjut. hasilnya, gua jumpa website dibawah. namanya - www.platinumoil.eu

apa yang bestnya website bawah ni? perhatikan betul betul ayat yang gua highlight merah. semua ayat yang berwarna merah, ada ditulis dalam ABOUT US di atas. kah kah kah! apa ni woi? apa barang salin bulat bulat. cuma tukar nama kompeni, tahun dan beberapa info je. yang lain, sebijik sama! kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

[sila klik kasi besar] sumber : platinumoil.eu/company

[sila klik kasi besar] sumber : platinumoil.eu/general info

sumber : facebook platinum oil

notasemut : ini gua baru dedahkan pasal ABOUT US, belum pasal PRODUK dia lagi. keh keh keh