Nov 30, 2011

kes lembu shahrizat - pendedahan pembelian mercedes RM500,000 dan tanah presint 10 RM3.3 juta

1 - Kereta mewah jenis Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.00

2 - Dua bidang tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507.00 melalui NMLC.

3 - Melancong ke Indonesia dan Thailand berjumlah RM455,423.00

“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.

* * * * * * *

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC. - malaysiakini

* * * * * * *

notasemut : untuk mereka yang ketinggalan pendedahan sebelum ni (rujuk: kes shahrizat lembu), bawah ni gua tampal lagi sekali bukti yang memaparkan kedua-dua syarikat (NFC dan NMLC) dimiliki oleh.. lihat sendiri senarai nama pada 2 gambar terakhir. siapa tak nampak dia lembu.



sumber : entri sebelum ni

sempena PAU - SONGKOK BERLOGO UMNO kini di pasaran [gambar]

sumber : forum lowyat
jadah apa ni? sejak bila umno jadi 'entiti' ketiga? ke, umno dah naik pangkat nombor dua? siapa boleh jawab ni? kenapa tak keluarkan songkok jenis macam bawah ni terus? senang sikit gua nak kasi jari tengah pada si pemakai. kah kah kah! bangang!

gambar hiasan
gambar hiasan 2.0