Jan 31, 2012

menjelang PRU13 - dulu stadium runtuh, sekarang peralatan kena curi [20 gambar]


KUALA TERENGGANU: Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lesap dipercayai dicuri. 

Sumber Berita dan Gambar - Berita Harian



















sumber gambar : berita harian

notasemut : nak salahkan siapa bila hal macam ni terjadi? kalau stadium ni berdiri megah dan dijaga rapi, confirm takde siapa nak mencuri. ini benda dah runtuh, lepas tu ditinggalkan macam sampah, memang seronok la pencuri tu kutip barang barang yang masih ada harga. kiranya pandai jugak la pencuri ni. yang bodoh siapa? ni projek siapa? berapa RATUS JUTA dah bazir? kenapa boleh runtuh? apa perkembangan siasatan? ada siapa siapa kena penjara tak? kenapa semua kes yang melibatkan RM beratus juta senyap sunyi? kenapa budak jual baucar buku 1malaysia tak sampai RM200 cepat polis ambil tindakan? kenapa bela lembu dalam kondo boleh pergi bercuti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Jan 29, 2012

perkasa bagi angpow warna putih - ibrahim ali hina masyarakat cina



ok tadi perkasa anjurkan sambutan tahun baru cina. ibrahim ali ingin membuktikan yang perkasa bukanlah rasis. itu gua no komen. cuma masalahnya tindakan ibrahim ali kasi angpow dalam sampul putih dah menyebabkan kemarahan banyak pihak kerana.. kerana apa? nah baca bawah ni

Ang Pow red envelopes also known as "red packets" "Ang Pow" "laisee" "lai see" "hung bao" or "Hung-Bao". They are considered extremely auspicious to receive as a gift and even more auspicious if they contain money. They are commonly used for Chinese New Year, weddings, birthdays or any other important event.

The image used on the front of a red envelope wish blessings and good wishes of long life, prosperity and good health. Through the years, artists have always found new ways to improve the message of good tidings such as carps swimming amongst flowering lotus, the fabled creatures of dragon and phoenix, Chinese zodiac animals depending on the year it will be used, peonies in full bloom, the three immortals, golden pineapples, Buddha's and children. They are actually very beautiful and the varied designs we have seen over the years have been outstanding. As a company we hand pick every design as the quality and presentation is very important. These are sent free with every order we send containing Chinese i-ching coins for extra luck.

When giving money on festive or auspicious occasions, you should NEVER put money in a white envelope or you would face the resentment of the recipient! Money wrapped in white envelopes is given when the occasion is sad, like funerals, when a gift of money is given to help with the funeral costs. This is called 'Pak Kum' money for the family of the departed. So if you ever come across a Chinese client please think twice about giving his or her fee in a white envelope although in our western countries it would be unlikely to offend.

sumber : Fengshuiweb


notasemut : adakah tindakan ini disengajakan? mustahil ibrahim ali tak tahu yang tradisi angpow tahun baru berwarna merah. dan punya la banyak sampul angpow percuma boleh didapati dengan warna merah, tapi kenapa beliau memilih warna putih? ini bukan bangang, ini memang cari pasal. ini satu penghinaan buat kawan kawan berbangsa cina. fuck you ibrahim ali!


anwar pro-israel keluar tv3, anwar kena marah dengan yahudi takde siapa backup [sumber berita yahudi]

sumber : The Global Voice of The Jewish Community

dan disebabkan gua malas, berikut terjemahan bulat bulat dari google translate

YAB John F. Kerry, Pengerusi
YAB Richard G. Lugar, Kedudukan Ahli
Jawatankuasa Hubungan Luar
Senat Amerika Syarikat
Washington, DC 20510

Sidang Senator Kerry dan Senator Lugar:

Bagi pihak lebih daripada 200,000 ahli dan penyokong B'nai B'rith Antarabangsa, kita menulis untuk meluahkan kebimbangan yang mendalam tentang pengumuman flagrantly anti-Semitik pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Ibrahim, yang menghabiskan beberapa tahun tinggal di Washington, DC memupuk imej yang pro-Barat, namun menggunakan kedudukannya dalam parlimen Malaysia sebagai platform untuk menyebarkan propaganda anti-Semitik. Kritikan kerap-Nya kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselitkan dengan anti-Yahudi dan anti-Israel fitnah, seperti dakwaan April beliau 30 pengintip Israel "yang terlibat secara langsung dalam menjalankan kerajaan." Pada kesempatan lain beliau mendakwa kehadiran "kakitangan perisikan Israel dalam unit Polis IT."

Ibrahim juga berkata di parlimen bahawa "yang dikawal oleh Yahudi perhubungan awam firma yang diupah oleh Perdana Menteri cuba untuk memanipulasi Malaysia untuk menyokong dasar-dasar AS. Menjelang pilihan raya 2008 di Malaysia, katanya dalam satu temu bual dengan IslamOnline, "Saya mempunyai bukti membuktikan bahawa kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika Syarikat dan beberapa pihak di Israel."

Memandangkan peranan bahawa Ibrahim telah dimainkan dalam kebangkitan anti-Semitik polemik dalam politik Malaysia, kami meminta pegawai AS menggantung hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyampai kebencian anti-Yahudi seperti Ibrahim tidak harus menikmati ukuran kesahihan bahawa hubungan yang positif dengan Amerika Syarikat (AS) akan memberi kepadanya.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk baki di berkomunikasi dengan anda mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

hormat,

Dennis W. Glick
Daniel S. Mariaschin
Presiden Naib Presiden Eksekutif


notasemut : sekarang nak kira macam mana ni? yahudi mohon amareka putuskan hubungan dengan anwar ibrahim? habis macam mana nak teruskan hubungan perniagaan dengan zionis? melalui rosmoh jacob? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!



hasan ali the parasitman [muka depan utusan]

muka depan utusan hasan ali

ok, sebelum memaki hamun lebih lanjut, mari kita belajar dahulu maksud parasit.


Apa itu Parasit? (menurut Kamus)

1. tumbuh-tumbuhan atau binatang (seperti cacing kerawit, pokok api-api dan lain lain) yang hidup pada tumbuh-tumbuhan atau pada binatang lain serta mendapat makanan darinya.
2. orang yang menumpang pada orang lain dengan tidak membayar apa-apa.


par·a·site (menurut Dictionary)

[par-uh-sahyt] noun

1. an organism that lives on or in an organism of another species, known as the host, from the body of which it obtains nutriment.
2. a person who receives support, advantage, or the like, from another or others without giving any useful or proper return, as one who lives on the hospitality of others.
3. (in ancient Greece) a person who received free meals in return for amusing or impudent conversation, flattering remarks, etc.

Origin:
1530–40; < Latin parasītus < Greek parásītos one who eats at another's table, orig. adj.: feeding beside, equivalent to para- para-1 + sît ( os ) grain, food + -os adj. suffix

Synonyms
2. sycophant, toady, leech, sponge, hanger-on.


ok paham? siapa tak paham, boleh isi borang mohon kerja dengan utusan. anda layak kerja di sana. bagi mereka yang paham, boleh sambung maki hamun. oh ya tak lupa juga buat hasan ali, boleh la makan parasit-amol. kah kah kah!


Jan 28, 2012

isu israel - muhyiddin desak, anwar jawab [kenyataan media]

sumber : utusan lembu

sebenarnya semalam 27 januari 2012, anwar dah cerita pasal isu ni masa ceramah beliau di dengkil. nah dengar betul betul..



dan tadi, gua perasan dah ada kenyataan media dikeluarkan sebagai menjawab kepada desakan muhyiddin berhubung isu pro-israel.


KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

28 JANUARI 2012


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.


ANWAR IBRAHIM



Jan 27, 2012

menjelang PRU13 - harga minyak bakal naik?

sumber : utusan
notasemut : hah jaga jaga.. utusan dah mula 'usik' cerita minyak ni. pembayang tu dah ada, cuma gua rasa mustahil kerajaan akan naikkan harga minyak sebelum PRU13 ni. tapi kalau barisan nasional menang, sendiri mau ingat la. keh keh keh

masihkah kau ingat?


Jan 24, 2012

Anonymous - Operation Global Blackout Part 2, Facebook! (12AM January 28th 2012)


Hello. People of the world. We are anonymous. The time has come. An online War has begun between anonymous, the people, and the government of the united states. While SOPA and PIPA may be postponed from congress, this does not guarantee that our internet rights will be upheld. For those unaware, there is still ACTA or the Anti-Counterfeiting Trade Agreement. You. The public. I have a proposal. Would you like to become part of the greatest internet protest and first official cyber war? Anonymous is in the hands of us all. It is time to take action. Operation global blackout is ongoing and everyone can be a part of it. In the description I have provided everything you will need. Our first target... Facebook... While it is true that facebook has at least 60,000 servers... It is still possible to bring it down... Anonymous needs the help of the people... The people who want to take a stand against the government... The people who want to make a difference... This is what we must do... But first... you must ask yourself, are you truly apart of the anonymous consciousness? Do you fully grasp our ideas and understand what we are. If you do... Then one thing is clear... Together... We the people... We anonymous... Can make a change... We've already crashed CBS... Warner Brothers... And FBI sites... Facebook is our next aim... This will be enough to show them indeed that we are not, playing. Now I will give some general instructions on what to do in order to help crash facebook... First... you will need to download the L-O-I-C or, Low Orbit Ion Cannon from the link provided in the description... Once downloaded... Open the program and type in the URL space http://www.facebook.com and hit lock on... It will tell you facebooks ip address. Because there are different servers, there will be more than one ip address that will pop up on different instances, but they will all be similar. Next you will go to the box that says attack options. Change the threads to 1000. Then you will hit the button that says IMMA CHARGIN MAH LAZER... tHIS WILL NOT WORK if everyone does it at random times... This is why... I would like to conduct this operation at exactly 12 A M on January 28th 2012. A five day preparation... That way... We will have a stronger army built up to fight for our rights... Do not fear... There is no way you can get caught... Hundreds of thousands of us citizens and those of the anonymous idea will all be participating... They cannot take down that large of a group... This is your chance... Our chance... The fate of the internet... Rests in your hands... In owr, hands... Government Of The United States... Leaders of the new world order... You have been warned... Operation Global Blackout Part 2, Facebook. Engaged... We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. They should of Expected us...


notasemut : kalau hari sabtu nanti ada yang tak kena dengan fesbuk, jangan tanya kenapa. sekian, harap maklum.

UPDATE : pengumuman dari @anonops



first lady of shopping - rosmoh kata karut, kolumnis kata ada bukti kukuh

sumber : smh

 Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sumber : mkini

sumber : hornery twitter

notasemut : belanja lebih RM300K di sebuah butik, menginap di penthouse RM65K satu malam, dan terbangkan pereka fesyen ke malaysia untuk 'test' pakaian yang ditempah. heh. ini baru di australia beb. ini cuma sekelumit daripada rentetan kisah perbelanjaan 'mega' rosmoh. ingat lagi masa di new york rosmoh menginap berhampiran dengan jacob & co? [bukti bergambar: DI SINI]. dan ingat lagi kisah dia menginap di sebuah hotel RM100K satu malam ketika di dubai? [sumber: milosuam] cuma, yang hairannya hal di australia ni kenapa sampai perlu terbangkan pereka fesyen tersebut ke malaysia? takde saiz ke? kena custom made ke? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Jan 19, 2012

shahrizat saman rafizi/zuraida - umpan sudah mengena!

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah. - mkini

* * * * * * *

notasemut : ini berita baik! umpan sudah mengena! membawa kes NFC ke mahkamah bermaksud semakin banyak benda akan dilondehkan. masih ingat bagaimana saiful bukhari didapati menyimpan DNA separuh pasukan bolasepak ketika siasatan terhadap juburnya dijalankan? (rujuk SINI) kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! dan sebagai pengarah strategi, gua sangat yakin rafizi ramli dapat bertahan dan menyerang dengan baik. bring it on!


*ingat lagi mahathir pernah desak shahrizat letak jawatan pasal isu ni. kenapa eh? keh keh keh

 

special 'rosmoh' game for iPhone - AKU JIMAT! [free download]






peh macam best je game ni. boleh belajar cara cara menabung sejak kecil. lepas tu boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya. kah kah kah! cuma satu je masalahnya - ianya compatible untuk iPhone, iPod touch dan iPad :(

dan pada mereka yang rasa nak main game ni (sambil belajar cara cara menabung. kah kah kah!), boleh download di sini - http://itunes.apple.com/my/app/aku-jimat/id490098030?mt=8




Jan 18, 2012

guna kad kredit NFC lebih RM500K - laporan polis dibuat, desak dedah kepada umum

JINGGA 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613, Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan, melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat Jalil dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan :

1. Dr. Mohamad Salleh Ismail
2. Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh
3. Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
4. Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO, yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi KEADILAN .

JINGGA 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC.

Keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat Jalil pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut :


JINGGA 13 juga MENCABAR dan MENDESAK seluruh ahli keluarga Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank DIDEDAHKAN KEPADA UMUM kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan, serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan "lembu" atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya.

JINGGA 13 benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap DOUBLE STANDARD dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan Menteri/pimpinan UMNO serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat .

Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. - merdekareview

*Kenyataan media oleh Fariz Musa selaku Ketua Koordinator


Wikipedia - January 18 Blackout

this is wikipedia

this is google

notasemut : sebenarnya sempena rehat lunch hour ni gua nak buat carian dan kajian sikit sikit. tapi disebabkan hari ni adalah hari 'blackout' untuk wikipedia versi english, jadi lebih molek rasanya gua abaikan carian dan perlahan lahan bergerak pergi pekena nasik sebagai tanda sokongan terhadap dua rakan karib gua ni (google dan wikipedia)

untuk yang tak paham lagi apa benda yang sedang berlaku, berikut petikan daripada wikipedia..


What exactly is Wikipedia doing?


On January 18, 2012, the English Wikipedia community is protesting SOPA and PIPA with a global blackout of the English Wikipedia. Readers who come to English Wikipedia from the United States will see a message from Wikipedia about SOPA and PIPA that encourages them to contact their representatives or senators, and readers everywhere will be encouraged to share their views via social media. This protest will last 24 hours - from midnight to midnight EST.


Why is this happening?


The English Wikipedia community is opposed to SOPA/PIPA. In an unprecedented decision, the Wikipedia community has chosen to blackout the English version of Wikipedia for 24 hours, in protest against proposed legislation in the United States — the Stop Online Piracy Act (SOPA) in the U.S. House of Representatives and PROTECT IP Act (PIPA) in the U.S. Senate. If passed, this legislation will harm the free and open Internet and inhibit people's access to information online.


Why? SOPA and PIPA put the burden on website owners to police user-contributed material and call for the unnecessary blocking of entire sites. Small sites won't have sufficient resources to defend themselves. Big media companies may seek to cut off funding sources for their foreign competitors, even if copyright isn't being infringed. Foreign sites will be blacklisted, which means they won't show up in major search engines. SOPA and PIPA build a framework for future restrictions and suppression.


For over a decade, Wikipedians have spent millions of hours building the largest encyclopedia in human history. This proposed legislation could seriously damage Wikipedia, and your ability to access information online. 

Source : Q&A  SOPA and PIPA


Jan 17, 2012

anwar akan halalkan homoseksual - hasan ali

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
January 16, 2012

gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

Sumber : malaysianinsider

* * * * * * *

notasemut : sebagai langkah pertama, gua mohon panglima hasan ali pergi bertempur habis habisan di lorong haji taib mahmud dan bersihkan lorong tersebut sampai bila bila. amacam? sejak zaman mahathir tengah top lagi lorong tu dah meriah dengan aktiviti 'halal'. salah anwar ibrahim jugak ke? kah kah kah! pkr pun belum wujud lagi masa tu. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Jan 13, 2012

sapu bini orang, moral kotor - hasan ali perli najib dan rosmoh?

KUALA LUMPUR 10 Jan – Keraguan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang dipecat daripada parti, Datuk Dr Hasan Ali terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri sememangnya sesuatu yang harus difahami seluruh rakyat.

Malah kenyataaan tegas Dr Hassan Ali yang mahukan pemimpin yang mempunyai moral bersih untuk diangkat menjadi Perdana Menteri dengan menolak Anwar Ibrahim mempunyai mesej yang cukup berat.

Bagi Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elyas Al-Hafiz ketika mengulas mengenainya melihat apa yang lahir daripada mulut dan tubuh badan Hasan Ali itu hanya beliau sahaja yang tahu.

Menurut beliau keakraban Adun Gombak Setia yang telah sekian lama mengenali Anwar ketika berada di dalam satu barisan pembangkang memungkinkan beliau tahu segala-galanya.

“Apa maksud sebenar beliau yang menyebut Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai masalah peribadi dan sebagainya berbanding Ketua Pembangkang berkenaan….Begitu juga kalau tidak silap Hasan ada menyebut kedua-dua pemimpin berkenaan tidak sapu bini orang dan sebagainya.



notasemut : gua dah agak dah. umno mesti gunakan setiap baris ayat yang diucapkan oleh hasan ali ni untuk teruskan serangan terhadap anwar ibrahim. gua pun pernah dengar hasan ali cakap "sapu bini orang, moral kotor dan sebagainya.." masa hasan ali keluar di buletin utama itu hari. masalahnya sekarang, kenapa pencacai sibuk tuju ke anwar? isu 'sapu bini orang' ni siapa punya kerja sebenarnya? cuba tanya najib, rosmoh tu bini nombor berapa? rosmoh tu bini siapa sebelum ni? kenapa cerai? cerai talak berapa? masa tu rosmoh berapa kilogram? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Jan 12, 2012

media fitnah - Ismail Kamus mahu saman

Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

“Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.

Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia

notasemut : baru hari ni gua tau betapa jijiknya hasan ali ni. sampaikan ismail kamus rasa aib dan kotor bila dikaitkan dengan hasan ali. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! yang peliknya, kenapa pula media terdesak sampai sanggup petik nama nama mereka yang tak hadir? kenapa? nak tunjukkan bahawa ramai yang masih sokong hasan ali? kah kah kah! arahan siapa ni? arahan siapa?!!



Jan 11, 2012

ajaib di perak - zambry putih mengalahkan najib [gambar FAIL]

sumber : rakan facebook

notasemut : ini siapa yang arahkan supaya edit gambar jadi putih melepak ni? dia tak tau ke kaler metalik lagi mahal dari putih susu? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! selamat datang ke perak darul kartun!

menjelang PRU13 - dakwat kekal 'harus dan dibenarkan' [sumber fatwa kebangsaan]

sumber : utusan

ok, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kata line clear. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) pun sebelum ni dah kata tiada halangan untuk dakwat kekal. harap harapnya jadi la kali ni. jangan episod 2008 berulang lagi sudah la. [rujuk: FLASHBACK - SPR batal dakwat kekal 4 hari sebelum pilihanraya]

notasemut : cuma satu benda gua musykil. kenapa sekarang tiba tiba diperkenalkan kad pengenalan baru (yang ada 2 gambar tu)? kenapa lepas selesai pendaftaran dan pemutihan berjuta pendatang asing baru nak perkenalkan IC baru? hmm...


901 - bom milik peserta perhimpunan [muka depan utusan syaitan]


Bom milik peserta perhimpunan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.

Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.

Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.

“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.


* * * * * * *

gua ada di tempat kejadian. gua nampak apa yang berlaku. pertama, ianya bukan bom. kalau bom, kesannya 10 kali ganda atau mungkin 100 kali ganda lebih teruk. sebagai bekas pemain mercun handalan, letupan tersebut sikit pun tak menakutkan gua. bunyi pun tak berdesing. senang cerita memang tak power la. kedua, efek dari letupan tersebut memang kami (peserta perhimpunan) dah jangka. 5 saat lepas letupan pertama, gua ada dengar seorang brader membebel "confirm malam ni berita mesti cakap 901 bawak bom, tak sabor nak tengok muka depan paper esok, hahaha" ya, kami ketawa. sebab tu la bila letupan kedua dan ketiga berlaku. gua hanya mampu sengih. apa jadah Anwar dah bebas, geng 901 nak main letup kereta motor pulak ye dak? lain la kalau geng 901 main mercun macam sambutan tahun baru tu. itu baru real 'meraikan kemenangan'. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut : siapa beli utusan malaysia dia melayu spesis bengap. bengap gred A.

Jan 10, 2012

901 - hari polis dan rakyat menjadi SATU [gambar dan video terbaik pilihan semut]





biarla pencacai nak tuduh gua photoshop, gua peduli apa. gambar gambar di atas gua petik dari video terbaik ni. siapa anti saiful bukhari tapi belum tengok video ni, sesungguhnya dia hidup dalam kerugian. minit ke 3:15, 3:30, 5:00, 6:35 sangat menyentuh jiwa. senang cerita memang best la. gua sangat berterima kasih pada pembuat video ni, saudara Aiman Amin dan Hassan Syukri. terima kasih! lu orang memang power!

dan bagi gambar terbaik, selepas 2 hari gua belek beribu ribu gambar di blog dan facebook, akhirnya gua pilih gambar di bawah. terima kasih Jeming Hassan! terima kasih Rahmat Haron!

sumber : 901 - aktivis jeming hassan


sebelum dan selepas 901 - cerita kak wan..

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

MAZLINDA MOHD NOR
January 10, 2012


SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis masih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

Sumber : Sinar Harian


pecat - hasan ali rela terkejut [sumber arkib]

sumber : utusan 7 ogos 2011

sumber : utusan 8 januari 2012

sumber : google


notasemut : opocot!