Jan 11, 2012

901 - bom milik peserta perhimpunan [muka depan utusan syaitan]


Bom milik peserta perhimpunan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.

Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.

Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.

“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.


* * * * * * *

gua ada di tempat kejadian. gua nampak apa yang berlaku. pertama, ianya bukan bom. kalau bom, kesannya 10 kali ganda atau mungkin 100 kali ganda lebih teruk. sebagai bekas pemain mercun handalan, letupan tersebut sikit pun tak menakutkan gua. bunyi pun tak berdesing. senang cerita memang tak power la. kedua, efek dari letupan tersebut memang kami (peserta perhimpunan) dah jangka. 5 saat lepas letupan pertama, gua ada dengar seorang brader membebel "confirm malam ni berita mesti cakap 901 bawak bom, tak sabor nak tengok muka depan paper esok, hahaha" ya, kami ketawa. sebab tu la bila letupan kedua dan ketiga berlaku. gua hanya mampu sengih. apa jadah Anwar dah bebas, geng 901 nak main letup kereta motor pulak ye dak? lain la kalau geng 901 main mercun macam sambutan tahun baru tu. itu baru real 'meraikan kemenangan'. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut : siapa beli utusan malaysia dia melayu spesis bengap. bengap gred A.

1 comment:

Anonymous said...

patutla dikenakan syarat "peserta dilarang mbawa bhan letupan". rupanya ada something yg akan jd..