Jan 24, 2012

first lady of shopping - rosmoh kata karut, kolumnis kata ada bukti kukuh

sumber : smh

 Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sumber : mkini

sumber : hornery twitter

notasemut : belanja lebih RM300K di sebuah butik, menginap di penthouse RM65K satu malam, dan terbangkan pereka fesyen ke malaysia untuk 'test' pakaian yang ditempah. heh. ini baru di australia beb. ini cuma sekelumit daripada rentetan kisah perbelanjaan 'mega' rosmoh. ingat lagi masa di new york rosmoh menginap berhampiran dengan jacob & co? [bukti bergambar: DI SINI]. dan ingat lagi kisah dia menginap di sebuah hotel RM100K satu malam ketika di dubai? [sumber: milosuam] cuma, yang hairannya hal di australia ni kenapa sampai perlu terbangkan pereka fesyen tersebut ke malaysia? takde saiz ke? kena custom made ke? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


No comments: