Feb 8, 2012

kes lembu shahrizat - 2 lagi kondo, 1 restoran mewah di singapura jadi milik keluarga shahrizat [video & gambar]


malas baca? nah, gua kasi video pendedahan oleh rafizi ramli. pasang kuat kuat bagi orang lain dengar sekali. kalau boleh sampai jiran jiran dengar lagi bagus.

* * * * * * *

Bangunan kondominium di Marina Bay Suites, Singapura.
Dua unit di kondominium mewah ini didakwa dimiliki oleh keluarga Shahrizat.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu membuat pendedahan terbaru berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) apabila mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pembelian dua unit kondominium mewah atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh diluluskanoleh dua bank iaitu United Overseas Bank Limited (OUB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

"Kemudahan pembiayaan untuk membeli dua unit kondominium ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbalbalik kerana NFCorp (National Fidlot Corporation) dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizatmempunyai deposit besar di bank-bank tersebut.

"Deposit tersebut adalah sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi PFN.

"Pembelian ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Pada sidang media tersebut, Mohd Rafizi turut mengedarkan dua salinan sijil hak milik premis yang dikeluarkan pihak berkuasa tanah Singapura (SLA) bagi kedua-dua unit kondominium berkenaan yang menyatakan nama Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran sebagai pemilik.

Menerusi salinan sijil itu juga menyatakan unit pertama di tingkat lapan bernilai lebih RM17.2 juta dibiayai UOB manakala unit kedua di tingkat 11 bernialai lebih RM17.3 juta dibiayai Maybank.

Kedua-dua unit berkenaan dibeli pada 27 Mei 2010.

"Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Brawn Steakhouse," katanya.

Menurut Mohd Rafizi, kesemua maklumat yang didedahkannya itu diperoleh daripada maklumat orang ramai serta hasil siasatan penyiasat persendirian yang dilantik PKR.

Jelas beliau, keluarga Shahrizat didakwa menyeleweng dana kerajaan bernilai RM250 juta kepada pelbagai syarikat milik keluarganya bagi menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

"Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Shahrizat mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga beliau perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

"Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Mohamad Salleh dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mencabar pihak pengurusan NFCorp mengemukakan bukti bahawa pinjaman yang dibuat bagi membiayai dua kondominium terbabit tidak kena mengena dengan dana RM250 juta yang diamanahkan untuk menguruskan PFN.

sumber : mstar

Brawn Steakhouse di Singapura ini turut didakwa milik keluarga Shahrizat. -foto edaran PKR

notasemut : kah kah kah! makin disaman makin terbogel ni apa cerita ni shahrizat? kah kah kah!

No comments: