Feb 21, 2012

menjelang PRU13 - najib mintak mandat, tapi takut nak berdebat

sumber : utusan

Debat PM, Anwar hanya buang masa - Dr. M

PUTRAJAYA 20 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.  - utusan



notasemut : hai jib, nak mandat ke tak ni? pikir dulu masak masak, sama ada nak debat atau nak ikut cakap si tua keparat tu. kalau taknak debat pun bagus juga, kira macam lu kalah tanpa bertanding la. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

1 comment:

Anonymous said...

Kata kat najib tak nak berdebat konon..

aku yang berbalas komen dengan kau dalam fb kau pun,kau siap remove aku.Siap block aku lagi.LOL!

Mengata orang bukan main lebat,diri sendiri pun pengecut.LOL!

Badut rakyat.