Feb 20, 2012

tak setuju PM melayu - The Star akui silap ulas kenyataan Lim Guan Eng [keratan akhbar]


IT has been pointed out to us that in the debate with MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek on Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System, DAP secretary-general Lim Guan Eng did not make any statement that “We do not agree the Prime Minister must always be a Malay because we want people to decide”. The error in translation is regretted.- The Star

sumber : the star online

Akhbar harian Inggeris, the Star hari ini menerbitkan kenyataan ringkas berhubung kesilapan dalam laporannya dalam artikel semasa perdebatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibuat semasa persidangan 'Kaum Cina di persimpangan’, Sabtu lalu.

"Kami dimaklumkan bahawa semasa perdebatan dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang bertajuk ‘Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa? setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak ada membuat kenyataan berikut: ‘Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan’.

"Kesilapan dalam terjemahan itu amat dikesali," petik kenyataan dua perenggan pengakuan kesilapan itu yang dicetak pada halaman enam akhbar berkenaan.

Bertajuk 'Ralat dalam terjemahan', artikel itu tidak membawa sebarang permohonan maaf atau menyiarkan petikan yang betul.

Lim, semalam menuntut permohonan maaf daripada harian milik MCA itu berhubung laporannnya mengenai perdebatan dua gergasi politik itu.

"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan,” kata Lim dalam kenyataannya itu. - mkini


notasemut : dan pada masa yang sama, pencacai umno tengah terpekik terlolong mainkan isu ni. tahniah, the star. satu permainan yang baik.


No comments: