Feb 24, 2012

TERKINI : Polis benarkan HIJAU 2.0 di padang MPK 4, bukan MPK 1 [gambar peta lokasi]



Polis beri kebenaran kepada Himpunan Hijau 2.0 di MPK 4
24/02/2012 3:37pm

KUANTAN 24 Feb. - Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 pada Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusof berkata, pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat.

"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menerusi perjumpaan itu juga katanya, penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan.

Mengenai perubahan tempat, Mohd. Jasmani berkata, MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia.

"Polis telah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4, Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur,” katanya. - BERNAMA

* * * * * * *

notasemut : ok terima kasih. jangan esok esok tiba tiba padang MPK4 nak buat projek kolam renang pulak sudah la. kah kah kah! hah apa lagi, kita kasi HIJAU!


No comments: