Mar 1, 2012

tutorial / tips for facebook : cara mudah menipu timeline

ini lah rupa timeline semut. klik kepala hasan ali untuk kasi besar.

facebook buat hal lagi. kali ni dia wajibkan semua page transform ke timeline yang kita semua tahu, ramai tak suka. ye la sebagai contoh, jika gua nak tengok update berita terkini dari facebook page berita tempatan dan antarabangsa, gua akan melawat page tersebut. masalahnya sekarang, bila dah transform jadi timeline, gua terpaksa membaca update terkini secara kiri, kanan, kiri.. kiri, kanan, kiri.. dan begitulah seterusnya. itu baru satu page. kalau sehari gua nak pantau berbelas page, tak ke juling jadinya? 

jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, gua gunakan satu kaedah mudah. kaedah ni sangat simple dan tak perlu install itu ini dan sebagainya. caranya seperti dibawah ~


mula mula, pergi dekat address bar. padam www

gantikan www dengan huruf m dan tekan Enter


jadi la macam ni. kah kah kah!

sebenarnya ini view untuk mobile. tapi demi mengelakkan pening dan juling akibat ketagihan facebook, ini la cara paling mudah. sekurang kurangnya boleh baca setiap page update secara tersusun dari atas ke bawah. satu lagi kelebihannya, dengan cara ni page loading menjadi lebih pantas berbanding timeline. ok, gua nak sambung kerja. selamat berfacebook!


No comments: