Apr 4, 2012

Bersih 3.0 - Duduk Bantah! [28 April, Dataran Merdeka]


Jawatankuasa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 akan berlangsung jam 2 petang, Sabtu, 28 April di Dataran Merdeka.  Perhimpunan "Duduk Bantah" ini juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Demikianlah pengumuman Jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini, MerdekaReview memetik sumber yang memaklumkan bahawa seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.

- merdekareview



No comments: