Apr 14, 2012

karnival janji ditepati - selain Pejabat Kadi, PPD juga paksa pegawai hadir [bukti]



Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.


notasemut : sebenarnya bukan orang masjid je kena paksa, ramai lagi yang jadi mangsa. buktinya suami kepada blogger dibawah kena pergi karnival tersebut atas arahan PPD. dalam surat arahan katanya kehadiran 'tidak boleh tidak'. kah kah kah! dalam tv akhbar beriya kata karnival dapat sambutan rakyat. padahal, kena paksa. boooo!! eh silap, moo000oo!!!!

sumber : blogger

antara komen menarik dalam blog tersebut. kih kih kih

Anonymous
April 10, 2012 9:06 AM

salam...saja nak menyibuk...saya antara yang ada di karnival tersebut. tak pro mana2...tapi apa yang sedih menu makanan 1 malaysia menyedihkan...jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan apa yang diciter dalam paper....yang bawah khemah najib lain...hehehe...kesian rakyat bawahan kita.....




No comments: