Apr 25, 2012

menjelang PRU13 - SPRM ikut telunjuk Utusan? [muka depan]

muka depan utusan hari ini

SPRM mula siasat Air Kelantan Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR 24 April - Selepas lima bulan Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas mengenai bekalan air di Kelantan yang tercemar, pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di Kota Bharu semalam untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air berkenaan.

Difahamkan, pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu tiba pada pukul 10 pagi semasa mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berlangsung.

Mereka berada di pejabat AKSB sehingga petang dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan sebelum pulang dengan membawa beberapa fail penting untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, SPRM bertindak menyiasat syarikat pengurusan air tersebut setelah menerima laporan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit pada Mei lalu. - utusan syaitan

* * * * * * *

kah kah kah! berita macam ni memang menghiburkan. SPRM bertindak lepas utusan siarkan laporan khas? kah kah kah! gua doakan SPRM berjaya dapat bukti kukuh dan heret mereka yang makan rasuah ni ke muka pengadilan. tak kira la pemimpin PAS, UMNO, KEADILAN, DAP atau parti KITA sekalipun, lagi cepat masuk penjara lagi bagus. 

cuma yang hairannya, SPRM ni asyik siasat negeri pakatan rakyat je. sejak 2008 lagi utusan ni kecoh kata kerajaan PR negeri selangor seleweng itu seleweng ini. hujung hujung, khir toyo dan si rahman ahli parlimen sabak bernam yang didapati bersalah kerana menyeleweng. kah kah kah!

notasemut : yang buat lagi hairan, kenapa SPRM ikut telunjuk utusan, akhbar yang paling banyak kali terbukti bersalah di mahkamah kerana fitnah? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

No comments: