May 29, 2012

menjelang PRU13 - Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza masuk UMNO [gambar]



“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno di ibu pejabat Umno di sini Selasa. - dipetik dari mStar


notasemut : syukur alhamdulillah. nampaknya mereka sedar diri dan layak masuk umno mengikut standard yang telah ditetapkan oleh mahathir. kah kah kah!


May 28, 2012

selepas Bersih 4 - pengusaha restoran rugi, cawangan ditutup akibat demo [gambar kedai kena lelong]

ini cawangan kota damansara. sumber - FB

ini cawangan sri segambut. sumber - FB

sumber : sekinchanikanbakar.com

dan dengarnya banyak lagi cawangan sekinchan ikan bakar turut akan mengalami nasib yang sama. baguslah. sebelum kena boikot pun memang dah banyak komplen yang kedai ni servis lembab, makan tak sedap, lepas tu harga mahal. daripada buat malu nama sekinchan, elok la bungkus awal awal.



notasemut : mohon pemilik restoran sekinchan ikan bakar pergi buat laporan polis kerana mengalami kerugian berjuta ringgit akibat demo Bersih 4 yang diketuai oleh beliau sendiri. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! ambik ko jamal!


May 27, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012 - 2 Cedera Parah Dilanggar Peserta Drag Race [11 gambar]

kejadian pada minit ke-5 dan keatas


Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.

Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.








sumber : rakan blogger

* * * * * * *

dan semalam, alang alang gua lalu putrajaya, gua singgah ke himpunan jutaan belia IPD putrajaya dan berjaya jumpa kereta tersebut.








May 23, 2012

Debat Isu Pemansuhan PTPTN - Rafizi vs KJ [video versi penuh & gambar khas buat KJ]



Versi Penuh Debat Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli. Debat Sinar Harian ini Telah Dilangsungkan di Karangkraf, Shah Alam Pada 22 Mei 2012 - klposdotcom


notasemut : nah tengok puas puas. kita tolak tepi siapa menang siapa kalah. masing masing ada hak untuk menilai mengikut kebijaksanaan masing masing. itu pun kalau cukup bijak la. kah kah kah! kalau ikut gua, ayat 'nak seribu daya taknak seribu dalih' pun dah cukup padu untuk membuka mata anak muda. dan sebelum terpengaruh dengan hujah penutup KJ, ni gua nak tanya sikit, hospital rembau apa cerita brader? kah kah kah! sedap je dia kata kerajaan PR tak tunai janji, yang bawah ni hapekebende?


nampak? nampak tak? majlis meletakkan batu asas tersebut dilakukan pada 7 mac 2008, iaitu sehari sebelum pilihanraya umum ke-12 (8 mac 2008), yang menyaksikan kemenangan BN di parlimen rembau. sekarang siapa yang tak TUNAI JANJI? PRU 13 ni nak kena tipu lagi ke? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! (sumber - REMBAU : Hospital RM100 juta bersaiz sedepa [Guinness World Records] )

sumber : SINI




.

May 22, 2012

raja lawak edisi perak - nizar pembohong bersiri [VIDEO PANAS]

Samhuri telah menafikan dia ada menelefon dan mengajak datang ke tempat kejadian dan kata Nizar berbohong.. Ini bukti Nizar tidak berbohong - yoperaktv


notasemut : video ni walaupun dah ramai orang share, tapi disebabkan tahap KAH KAH KAH dia sangat tinggi, maka gua nak share juga di sini. rugi woi kalau tak tengok! KAH KAH KAH! KAH KAH KAH! KAH KAH KAH!


naib pemuda umno kampar minta maaf, tak jadi keluar umno


“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air.

“Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya.

Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.

Sumber : PerakToday



notasemut : kah kah kah! pergi jahanam sama lu zamzuri. dari hari pertama tengok video 'amuk ala pon' tu lagi gua dah mark yang mamat ni memang tak boleh pakai. syukur alhamdulillah orang macam ni kekal dalam umno. sekurang kurangnya gejala bodoh piang tu tak merebak masuk ke kem pakatan rakyat. kah kah kah!


terkini dari jalan duta - pendakwa kanan kes fitnah liwat sertai pasukan pembelaan kes Anwar, Azmin dan cheGuBard



notasemut : siapa yusof ni? nah rujuk sini [mkini : Peguamcara 2 letak jawatan]


selepas Bersih 3.0 - bukti kebodohan melayu umno [2 gambar]




notasemut : mengeja pun tak reti. bengap. memalukan melayu. terbukti kata kata mahathir ("orang pandai taknak masuk umno") adalah benar.


May 21, 2012

selepas Bersih 3.0 - Anwar, Azmin dan Chegubard didakwa esok walaupun kerajaan telah benarkan perhimpunan Bersih 3.0 [arkib utusan]

sumber : utusan

notasemut : ketua perhimpunan punggung 1.0 dan 15 ekor pengikutnya tak kena dakwa ke? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! tahniah malaysia!


Bersih 3.0 hanya 22,270 orang - rais yatim buta bahasa inggeris [bukti BBC]

sumber : utusan

sumber : bbc
notasemut : rais yatim heboh kata BBC anggar sebanyak 25,000 peserta bersih yang turun protes 'duduk bantah'. padahal dari hari pertama lagi gua dah perasan yang BBC petik jumlah 25,000 tu selepas rujuk dengan jurucakap polis. ya, angka tersebut dianggar oleh pihak polis, bukannya BBC. tak reti baca bahasa inggeris ke rais yatim ni? kah kah kah! dan hal anggaran ni juga adalah topik perbincangan antara gua dan kawan kawan masa lepak makan tengah hari sebelum pengeboman zionis bermula. menurut beliau, media mainstream biasanya akan petik jumlah anggaran yang diberikan oleh jurucakap polis. so paham paham je la..


May 20, 2012

menjelang PRU13 - Selepas Tsunami [VIDEO EKSKLUSIF]


Synopsis

The 12th General Election did not only result in the change of government in four states or the lost of Barisan Nasional two-thirds majority in Parliament. It brought along many practices never seen before in the governmant system. In Selangor, a body under the state assembly was formed to monitor the use of public funds.

In the federal Parliament the increasing presence of opposition representatives has resulted in more serious debates. Today, UMNO and Barisan Nasional has started speaking the language of change. However, the real reform process is not as easy as voting on polling day.

This documentary discusses the meaning behind those promised changes. Info on KOMAS - http://komas.org/


May 19, 2012

selepas Bersih 3.0 - Najib Razak sila letak jawatan dan jangan malukan negara lagi [pengalaman cikgu Renee]

Apabila kita membaca pengalaman peribadi yang ditulis oleh Renee Talalla, seorang pesara guru berusia 70 tahun yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, kami merasa begitu malu. Kemudian kami sedar akan sesuatu yang tida betul.

Apakah jenis kerajaan yang sanggup melakukan perkara demikian pada rakyat? Perdana Menteri apakah yang sanggup membahayakan keselamatan orang mudanya, wanita dan warga tua? Begitu biadap sekali!

Malaysia Chronicle juga telah memerhatikan perarakan Bersih 3.0 dan dari pengamatan kami, ia tidak jauh berbeza daripada apa yang diceritakan oleh Puan Renee.

Telah tiba masanya kita melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan di Malaysia dan Malaysia Chronicle ingin memulakan dengan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab.

Letak jawatan, sila berhenti dan jangan memalukan negara lagi.




* * * * * * *

KEBAIKAN, KEBURUKAN dan KEJAHATAN yang berlaku di BERSIH 3.0 - Renee Talalla

Walaupun letih, mengantuk dengan sakit-sakit diseluruh badan, saya perlu juga menulis untuk mengeluarkan segala yang dipendam di minda supaya saya dapat melelapkan mata. Jadi, di sini pengalaman Bersih 3 bagi saya yang ditulis pada pukul 11 malam pada 28 April 2012.

Sebagai rakyat yang juga warga emas yang mematuhi undang-undang, walaupun tidak mempunyai keberanian seperti orang lain, kami telah memilih untuk tidak menyertai Bersih 2 apabila ia telah diharamkan, , KL dikawal ketat dan sebagainya. Kali ini, seperti mereka yang lain, kami telah membuat keputusan untuk menunjukkan sokongan kami untuk menyertai Bersih 3.0. Tiada salah kiranya kami menyangka tidak akan ada masalah, namun kami tetapi bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan - garam, tuala basah dan sebagainya di dalam beg. Kami yakin peserta akan berdisiplin dan pihak polis akan lebih berhati-hati selepas kekacauan pada Bersih 2.

Pada jam 10.30 pagi, saya dan suami saya menaiki LRT ke Pasar Seni. Kereta api begitu sesak dengan orang ramai berborak dan beramah mesra. Dari Pasar Seni pada kira-kira pukul 11 ​​pagi, kami berjalan-jalan melalui Pasar Seni dan menyelusuri tepian Tun Perak. Orang ramai yang berkumpul, berdiri di sekeliling atau duduk di atas kaki lima di sepanjang jalan. Kami berjalan melalui orang ramai yang sangat bersesak berhampiran pertemuan antara Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari tempat duduk yang sedikit tinggi dari atas tanah. (Pada usia 70 dan suami yang hampir mencecah 80, jika kami cuba untuk duduk di atas jalan atau tepi jalan, kami akan menghadapi kesukaran untuk bangun!

Bagaimanapun, kami berjaya mendapati tempat yang sesuai. Diatas tiga anak tangga bersebelahan kolam air di tepi dinding. Sudah ramai yang duduk disitu tetapi beberapa orang telah membuat ruang untuk kami. Jika berdiri di atas anak tangga kedua, kami dapat melihat sedikit. Kami juga boleh duduk di atas anak tangga itu. Ada satu barisan orang di belakang kami pada anak tangga ketiga. Tempat itu agak teduh. Tempat yang cukup sempurna.

Peserta semakin ramai, semua beradap dan berdisiplin

Pada pukul 11.30; semakin ramai yang tiba pada setiap minit. Saya jangka 80% daripada mereka orang Melayu, selebihnya Cina dengan sedikit kaum India. Kami semakin dihimpit, tetapi masih boleh bertahan di tempat teduh kami tadi. Kami menjadi sangat lapar pada pukul 1:00 petang, (lupa untuk membawa makanan!) tetapi tidak boleh bergerak walau 6 inci pun. Saya mula mengambil gambar. Manusia berada sejauh mata dapat memandang pada setiap arah. Mungkin ada kira-kira 40 orang atau lebih barisan orang di hadapan kami- terbukti ini menjadi begitu membahayakan kemudian!

Lagu kebangsaan dinyanyikan beberapa kali dan melaungkan Bersih , bersih, bebas , bebas dan sebagainya. Semua berada dalam kawalan walaupun berada dalam panas dan kelaparan! Saya berbual-bual dengan seorang pakcik ceria berusia 75 tahun yang datang pada pagi itu dari Pahang. Seorang makcik yang memakai tudung berdiri berhampiran dengan saya datang dari Terengganu. Kedua-duanya orang biasa tanpa banyak yang dibual bicarakan, namun kami merasakan ikatan yang erat atas niat dan tujuan yang sama apabila berada disitu.

Kami tidak dapat mendengar ucapan-ucapan yang telah dibuat sekali-sekala dan terlalu ramai orang berada di hadapan kami untuk menyaksikan siapa yang telah bercakap dan sebagainya. Tetapi, kami dapat melihat dengan jelas polis yang mendindingi kami disepanjang bahagian depan Dataran.

Satu perkara kecil yang dapat membuktikan disiplin penonton sebelum panik bermula: ribuan orang telah duduk dan berdiri di hadapan kami, namun tiada sesiapa pun yang merokok. Saya telah terbaca ia adalah satu perkara yang mesti dielakkan. Arahan telah dipatuhi. Hanya perokok yang tahu bagaimana rasanya untuk tidak merokok selama 3-4 jam sambil menunggu dengan tahap ketegangan dan keseronokan yang sebegitu!

Anwar berucap dan setelah berhenti, keadaan menjadi kacau bilau

Pada kira-kira pukul 2.30 petang, Anwar membuat ucapan, setelah kurang daripada 5 minit, ramai yang bersorak, kami berdiri di atas platform yang dibuat. Kami boleh nampak Anwar namun tidak dapat mendengarnya.

Setelah selesai Anwar berucap dia mungkin telah beredar. Saya boleh mendengar laungan Buka! Buka! Buka! Tiba-tiba kami melihat barisan hadapan bergerak ke arah Dataran hanya berhampiran di mana Anwar telah berucap dan polis berundur. Dari kedudukan kami, ia kelihatan seperti mereka benar-benar telah membuka halangan dan membiarkan orang ramai masuk ke Dataran. Semua orang berdekatan bersorak dengan sekuat hati dan gembira dengan perkembangan yang ajaib ini!

Tiba-tiba keadaan menjadi kacau bilau. Tanpa sebarang amaran [yang kami boleh dengar], meriam air dilepaskan dan gas pemedih mata dipancarkan kepada beribu-ribu di hadapan kami. Saya fikir kami berada jauh dibelakang jadi tiada apa yang akan berlaku - polis menghentikan mereka yang sudah melepasi halangan dan menghentikan pemerhatian ke atas kami.

Kami tersilap!! Mereka terus menembak kanister gas pemedih mata beberapa kali tepat ke arah orang ramai - tidak henti-henti untuk membenarkan orang ramai lari. Pop pop pop bunyi tembakan, asap berada di mana-mana. Orang ramai berlari ke semua arah untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus datang ke arah kami dan ingat, kami adalah baris yang dibelakang berdekatan air dan dinding!! Tiada tempat untuk pergi dan diasak oleh beratus-ratus orang yang panik. Lebih banyak yang diserang dengan gas beracun berlari ke kolam berdekatan dinding.

Kami tidak dapat turun dua langkah pun apatah lagi mengeluarkan garam, tuala dan sebagainya. Orang ramai yang panik menolak kami dan bergelut untuk mendapatkan air. Suami saya sudah terbaring di atas tangga dan langsung tidak dapat duduk. Saya telah ditolak dan separuh badan berada di dalam kolam, bersama beg. Entah bagaimana saya berjaya merangkak keluar dari kolam renang, cuba untuk membantu suami duduk tetapi tidak boleh. Terlalu ramai orang yang bergelut di atas kami. Pada masa itu, gas pemedih mata telah sampai kepada kami. Memedihkan dan memualkan, batuk dan sebagainya, kami tidak dapat bernafas atau melihat untuk keluar dari sana walaupun tidak ditolak dan diasak ke belakang.

Polis sengaja memerangkap orang ramai

Selepas beberapa detik yang menakutkan, orang ramai mula bangun dari tangga. Dengan mata yang pedih, batuk dan sesak nafas, kami cuba melepaskan diri dari kawasan Dataran. Kami menuju ke belakang tetapi diasak lagi dengan lebih banyak gas pemedih mata yang datang dari kawasan Jalan Raja Laut. Tiada tempat untuk lari. Bagaimana hendak bersurai? Mengapa mereka memerangkap rakyat dengan melepaskan tembakan dari depan dan belakang? Semua orang yang melarikan diri keliru dan tidak tahu di mana harus dituju.

Melihat kesusahan kami, beberapa orang muda berbangsa Cina datang dan memberikan kami garam, menenangkan kami sambil berkata 'jangan lari, tinggal di sini, ia akan berlalu. Setelah berdiri di tengah-tengah awan gas pemedih mata dan meletakkan garam pada lidah gejala gas reda sedikit. Kemudian, beberapa orang Melayu yang telah berlindung di belakang kereta yang diletak di belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman menyeru kepada kami "makcik, pakcik mari sini , mari sini". Kita menuju ke arah mereka. Mereka memberikan kami air dan garam yang lebih dan begitu prihatin. Dari belakang kereta kami Nampak peserta berlari-lari ke semua arah dengan polis mengejar mereka. Kami memutuskan untuk bersembunyi di belakang kereta sehingga keadaan menjadi lebih tenang. Sahabat-sahabat kami mula beredar. Kami bersendirian dalam keadaan yang lebih tenang tapi masih cemas.

Akhirnya sekumpulan anggota polis datang dan mendapatkan kami. Seorang polis muda menjerit kasar “mari sini”. Suami saya berjalan perlahan-lahan ke arah mereka tetapi polis biadap itu terus menjerit pada saya. Saya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah dia dan berkata lembut, jangan bising, kenapa bising, itu kurang ajar. Dia kelihatan seperti mahu memukul saya. Mujurlah seorang pegawai polis datang dan berkata perlahan-lahan kepada kami. Saya bertanya, 'Adakah kami akan selamat?' 'Ya”, katanya kepada kami “kami akan bawa anda keluar”. “Jadi, suruh orang anda berhenti menjerit”, saya memberitahunya. Dia menyuruh si biadap berhenti dan si biadap mula meninggalkan kami.

Kami telah diiringi keluar berhampiran Dataran dan dibenarkan pergi. Polis berada di mana-mana dan mengiringi tahanan dan kami nampak mencurigakan kepada polis dan penonton!! Kami berjalan menuju kelab Selangor. Pintu-pintu telah ditutup. Kami terpaksa mengemukakan kad keahlian kami sebelum mereka membenarkan kami masuk. Rupa kami pada masa itu sudah semestinya teruk!! Basah, bermata merah dan berlumuran air. Kami bergegas ke tandas dan menukar baju T yang basah, mengeringkan rambut ( nasib baik kami telah dibawa baju T bersih). Setelah membersihkan diri, kami duduk dan makan sandwich dan minum teh, makanan pertama sejak sarapan pagi. Lega rasanya hidup dalam keadaan yang bertamadun lagi!

Young and bonded together to help each other

Kini kira-kira jam 4 petang. Pada pukul lima kami memutuskan untuk menaiki LRT untuk kembali ke rumah. Satu lagi drama!

Ramai polis berada di luar kelab Selangor, berehat sambil merokok dan sebagainya. Seorang daripada mereka dengan menggunakan bahasa Melayu berkata, 'pakcik, maaf semua jalan untuk LRT ditutup'. 'Bagaimana kami nak balik rumah? kami bertanya. Dia menggelengkan kepala dan kemudian menunjuk ke arah Jalan Raja Laut. Di sepanjang jalan, orang ramai memberitahu bahawa satu-satunya cara keluar adalah melalui komuter. Sogo, Masjid Jamek dan stesen LRT Pasar Seni semuanya ditutup.

Setelah jauh berjalan kaki di sepanjang Raja Laut, kami mendaki ke atas bukit yang curam, tiada laluan sebenar, dan akhirnya memanjat pagar untuk mendapatkan keretapi. Tidak boleh menggunakan jejantas kerana ia telah disekat oleh pihak polis.

Semua jalan yang kami telah dibantu oleh anak-anak muda Cina dan Melayu, menolak kami dari belakang dan mengheret kita di hadapan atas bukit dan atas pagar! Perasaan yang mengagumkan dan bernilai seluruh pengalaman jahat mengalami kebaikan ini dari orang yang tidak dikenali. Kereta ke Sentral dan kemudian LRT ke PJ padat.

Sekali lagi pengalaman bersama mengeratkan semua, tua dan muda, semua yang mereka telah lalui sehinggalah kepada orang asing yang berada di sebelah mereka.

Biadap kerana sanggup membahayakan orang muda, wanita dan warga tua

Semua orang terkejut dengan kekerasan dan tahap tindak balas polis hanya kerana beberapa orang telah melanggar halangan. Setelah berada di rumah, kesakitan dan kepenatan baru dirasai! Jauh lebih mengejutkan adalah tindakan polis yang sanggup membahayakan nyawa orang muda dan tua. Mereka tahu orang ramai begitu bersesak dan untuk melarikan diri adalah amat sukar. Mereka mahu menyuraikan orang tetapi memerangkap mereka di tengah-tengah dengan menembak gas pemedih mata dari depan dan dari belakang? Dan mengapa mereka mengejar orang yang cuba untuk menjauhkan diri daripada gas?

Orang tua, wanita dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri. Ia bukanlah perhimpunan haram, dan mereka telah berjaya menjauhkan orang ramai dari Dataran. Jadi mengapa mereka dikejar di jalanan dan lorong-lorong? Kenapa stesen LRT ditutup dan menyusahkan orang ramai untuk pulang ke rumah.

Terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab. Ia tidak masuk akal

Namun, saya bersyukur kerana melakukannya. Ini telah membuka mata saya, bagaimana Malaysia boleh lakukannya, tanpa mengira bangsa dan juga agama. Orang ramai bergegas membantu kami. Paling menyentuh perasaan adalah anak-anak muda Melayu dan Cina yang telah membantu kami. Perangai terburuk dan mulia manusia telah kami lihat. Kami baik sahaja. Suami saya telah hilang tuala dan topinya dan mempunyai ada beberapa kesan luka pada kaki. Ia boleh menjadi lebih buruk. Beliau telah bangun dan pergi ke gereja pada jam 6.30 pagi ini! Semuanya berjalan dengan lancar. Begitu banyak untuk diraikan bagi Malaysia kita!

Kita sendiri akan berubah selama-lamanya – tidak akan menjadi takut sekiranya masyarakat sivil perlukan kita, denga izin Tuhan, kita akan menjadi lebih bersedia untuk bertindak balas!

Renee Talalla merupakan seorang guru bahasa yang berkahwin dengan pesara Diplomatik Malaysia. Suaminya telah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1990-an. Usianya hampir mencecah 80 dan Renee pula berusia 70 tahun.

Sumber : Malaysia-chronicle


May 17, 2012

menjelang PRU13 - Raja Farhana Raja Nong Chik dan kontrak RM30.8 juta [malaysia-today]

On 24th August 2010, a company by the name of Istijuara Sdn Bhd was awarded a government contract amounting to RM30,800,000 by the Ministry of Youth and Sports. You can see the details below.

Now, that may appear quite normal. After all, billions of government contracts are awarded every year. So what’s a small RM30 million or so against the backdrop of hundreds of billions?

The only problem with this ‘small’ RM30 million contract is that Istijuara Sdn Bhd is owned by Raja Nong Chik Zainal Abidin, the Minister of Federal Territories and Urban Well-being. And this is not his only company and this is not the only government contract that his companies have been awarded.

If you think that Shahrizat Jalil’s RM250 million NFC cow project is a cardinal sin, wait till you see how much Raja Nong Chik’s companies have taken. Raja Nong Chik’s contacts make Shahrizat’s RM250 million look like chicken feed by comparison.

Raja Nong Chik’s 26-year old daughter, Raja Farhana, is listed as one of the two Directors of the company. She also owns 399,999 of the 400,000 shares. That means she is practically the sole owner of the company with the other Director owning only one share.














notasemut : kalau dulu melibatkan keluarga shahrizat, sekarang tiba giliran nong chik pulak. gua nak ulas panjang panjang pun buat sakit hati je. jadi cukupla dengan gua siar semula dokumen bukti yang gua kutip dari MT dan gua highlight sikit sikit bagi senang nampak. bila nak umum tarikh pilihanraya ni najib? hidup melayu! hidup raja! kah kah kah!


sejarah mungkin berulang - zahida tak kenal shafie, najib tak kenal altantuya [arkib]

sumber : malaysiakini

sumber : arkib utusan

notasemut : walau apapun jalan ceritanya, gua harap kali ni tragedi letupan tidak berulang lagi. mohon penjaga stor bahan letupan pantau sikit stok yang ada dalam simpanan. mohon juga anggota UTK supaya berhati hati jika terima arahan pelik pelik. kah kah kah!


IKLAN : Kerajaan Selangor - Rumah Mampu Milik [VIDEO]



Antara permasalahan perumahan adalah ketidakmampuan pembeli rumah pertama mendapatkan rumah yang bukan sahaja pada harga berpatutan, tetapi dalam jangka masa panjang, tidak mengikis kemampuan ekonomi mereka.

Turut membimbangkan adalah sempitnya ruang untuk pemilik rumah kos rendah untuk memiliki kediaman baru yang lebih selesa, tetapi masih berpatutan.

Kerajaan Negeri Selangor berusaha menangani keluhan ini melalui skim Rumah Mampu Milik.

Dalam penggal mendatang, Kerajaan Selangor mahu menambahbaik skim ini supaya setiap rakyat Selangor tidak terpinggir dalam pasaran perumahan yang semakin mahal mutakhir ini.

Terima kasih atas kepercayaan ini.


notasemut :  gua tolong hebahkan sebab gua yakin benda benda macam ni takkan keluar buletin utama dan berita rtm. keh keh keh


May 16, 2012

menjelang PRU13 - Tiada Bersih 4.0 [mstar]

sumber : mstar

mstar kata isham tukar tiub bagitau yang penganjur tidak merancang untuk mengadakan Bersih 4.0 buat masa sekarang. gua setuju dengan kata brader tukar tiub. kalau SPR ambil tindakan 'bersih'kan senarai pengundi, buat apa nak 4.0? tapi tajuk besar berita mstar tu agak mengelirukan. bukan apa, bila bukak blog tukar tiub, gua jumpa gambar ni. hah, jaga jaga semua! mohon SPR bertindak segera sebelum kami bertindak!


notasemut : sementara itu, selepas lawatan kerja selama 2 hari di kota london, hari ini najib tiba di new york, juga kerana lawatan kerja. kalau tak silap jumaat dia ada lawatan kerja di washington pulak. sekian berita terkini. (sumber bernama)


senaman punggung sihat - siapa mohd ali haji baharom? [arkib utusan]


sumber arkib utusan

notasemut : gua dapat info ni dari seorang kawan. kawan tu gua baru kenal masa Bersih 3.0 dan masa tu gua tak tau pun apa akaun fesbuk dia. tapi bila gua dah upload gambar gambar hari bersejarah, ada kawan yang kenal dah tag akaun fesbuk dia sekali. jadi bermula dari situ, kami meneruskan persahabatan di dunia fesbuk. dan tadi dia share maklumat kelakar di atas. tanpa membuang masa, gua pun share la buat tatapan umum. sekian, harap maklum. terima kasih Bersih 3.0!


May 15, 2012

BERSIH Protest in London - An Evening with Najib [video dari O2 arena]

sumber : nst

najib disambut dengan bunga kuning setibanya di london. dan kemudian, nah tengok la sendiri. kah kah kah! dekat malaysia boleh la lu haramjadahkan orang. kah kah kah!






May 14, 2012

selepas Bersih 3.0 - najib, london dan bunga kuning [gambar]

ini dari berita harian online
sumber : nst

daripada banyak banyak jenis bunga, kenapa depa pilih kuning?
macam bunga peserta bersih 3.0 bawak masa duduk bantah je...
keh keh keh

Tragedi 13 Mei - MB Nizar melawat ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' oleh umno [UPDATE: penjelasan nizar]




UMNO KANTOIII !!! Sejarah Telah Tercipta... Malam Tadi, Sedang Sibuk YB UMNO Menghentam DS Nizar Jamaluddin Dalam Ceramahnya Yang Berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI"..., Tiba-Tiba Dato Seri Nizar Datang Dan Duduk Di Meja Utama. Penceramah UMNO Yang Toleh Kebelakang Melihat, Tiba-Tiba Tergamam Dan Menurut Twitter DS Nizar, Penceramah Terus Kelu Dan Pucat.. - FB Kami Boikot Buletin Utama TV3


berikut penjelasan 'menteri besar perak yang sah' mb nizar di twitter.

sumber : @mbnizar

* * * * * * *

UPDATE : dan berikut penjelasan MB Nizar, dipetik dari harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. - harakahdaily