May 7, 2012

berita sukan - Rosmah terima Anugerah Tokoh Industri Sukan

KUALA LUMPUR — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut. - Kosmo


sumber : umno online

notasemut : majulah rosmah untuk negara!


No comments: