May 1, 2012

Eksklusif Bersih 3.0 - Peniaga rugi sebab polis halau pelanggan [video]


video menunjukkan anggota polis menghalau orang ramai yang sedang makan minum di sebuah restoran di kuala lumpur. ini membuktikan kebanjiran pengunjung dari seluruh negara ke ibu kota sempena perhimpunan aman Bersih 3.0 sangat menguntungkan para peniaga kecil, restoran, kedai runcit, pusat membeli belah dan termasuk hotel hotel. yang rugi tu hanya kedai kedai yang tutup. padan muka, siapa suruh tutup?


* * * * * * *


KUALA LUMPUR - Melebihi RM1 juta! Itu jumlah kerugian terpaksa ditanggung 486 peniaga di Kompleks Pertama kesan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin.

Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Kompleks Pertama, Zainul@Hanafiah Ahmad berkata, semua premis perniagaan tidak dapat beroperasi memandangkan pihak pengurusan memutuskan untuk menutup bekalan elektrik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurutnya, purata pendapatan yang diperoleh peniaga ialah RM2,000 malah ada sesetengahnya mencecah RM40,000 sehari.

“Kebiasaannya kami menerima ramai pelanggan pada hujung minggu dan disebabkan perhimpunan ini, kami rugi kerana terpaksa tutup kedai,” katanya pada sidang media di kompleks berkenaan di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau berkata, ada di antara premis kedai di Kompleks Pertama disewa dengan kadar RM8,500 sebulan dan gangguan operasi seperti itu pasti memberikan kesan kepada penyewa terbabit.

Zainul berkata, beliau berpandangan, mereka yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu tidak menghargai keamanan negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tegas menangani isu Bersih kerana banyak pihak menerima kesan negatif, katanya.


1 comment:

tungkaran hati said...

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menggagalkan tujuan perlakuan-perlakuan jahat dari penganut PAS-DAP-PKR dan pro-Komunis untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir, Mesir.