May 17, 2012

IKLAN : Kerajaan Selangor - Rumah Mampu Milik [VIDEO]



Antara permasalahan perumahan adalah ketidakmampuan pembeli rumah pertama mendapatkan rumah yang bukan sahaja pada harga berpatutan, tetapi dalam jangka masa panjang, tidak mengikis kemampuan ekonomi mereka.

Turut membimbangkan adalah sempitnya ruang untuk pemilik rumah kos rendah untuk memiliki kediaman baru yang lebih selesa, tetapi masih berpatutan.

Kerajaan Negeri Selangor berusaha menangani keluhan ini melalui skim Rumah Mampu Milik.

Dalam penggal mendatang, Kerajaan Selangor mahu menambahbaik skim ini supaya setiap rakyat Selangor tidak terpinggir dalam pasaran perumahan yang semakin mahal mutakhir ini.

Terima kasih atas kepercayaan ini.


notasemut :  gua tolong hebahkan sebab gua yakin benda benda macam ni takkan keluar buletin utama dan berita rtm. keh keh keh


No comments: