Aug 29, 2012

menjelang Merdeka 2012 - Rais alu-alukan 'kumpulan kuning'


Rais alu-alukan 'kumpulan kuning' ke Dataran

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengalu-alukan tindakan penyokong acara "Janji Demokrasi" yang merancang memenuhi Dataran Merdeka pada malam kemerdekaan dengan berbaju kuning.

Katanya, semua rakyat boleh hadir ke tempat itu pada malam ambang merdeka tetapi mereka diingatkan tidak "buat jahat".

"Kuning ke, merah ke, pada hari itu kita tak kisah, semua rakyat boleh hadir, siapa sampai dulu dia dapat," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung program anjuran 47 NGO itu.

"Kita tidak tetapkan tempat ini untuk orang BN, yang itu atau yang ini. Kalau orang PKR hendak datang sekalipun, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan tapi jangan buat jahat.

"Jangan buat tiupan trompet, jangan guna bahasa kesat, datang ke situ sebagai warga yang cintakan perpaduan, apa parti pun."

Beliau bagaimanapun menegaskan, warna kuning bukan milik parti pembangkang kerana sesiapa pun boleh memakainya pada bila-bila masa. - malaysiakini




Aug 25, 2012

Khairul Fahmi Che Mat cedera dalam kemalangan [gambar]

sumber : twitter

sumber : kelantan fa

notasemut : cuma gua tak dapat info tentang tahap kecederaan yang beliau alami. semoga cepat pulih dan boleh tangkap bola macam biasa. ko overdose 100plus ke apek? kih kih



[HOT] Apple vs Samsung : Apple menang, Samsung diarah bayar USD 1.05 billion

Apple telah pun menang kes saman patent ke atas Samsung. Mahkamah mengarahkan Samsung membayar USD 1.052 billion kepada Apple kerana didapati meniru.
- via Oh! Media

sumber : cnet

berikut antara komen daripada pihak Samsung dan Apple yang gua petik dari HuffPost

Samsung's release, per The Verge, read in part:
Today's verdict should not be viewed as a win for Apple, but as a loss for the American consumer. It will lead to fewer choices, less innovation, and potentially higher prices. It is unfortunate that patent law can be manipulated to give one company a monopoly over rectangles with rounded corners, or technology that is being improved every day by Samsung and other companies.

Apple's statement, sent to the New York Times:
The mountain of evidence presented during the trail showed that Samsung’s copying went far deeper than even we knew. The lawsuits between Apple and Samsung were about much more than patents or money. They were about values. At Apple, we value originality and innovation and pour our lives into making the best products on earth. We make these products to delight our customers, not for our competitors to flagrantly copy. We applaud the court for finding Samsung’s behavior willful and for sending a loud and clear message that stealing isn’t right.

notasemut : nasib baik gua pakai HTC dan Sony Ericsson. jadi takdela terasa hati sangat dengan benda benda macam ni.



Aug 24, 2012

gambar putera raja bogel di muka depan akhbar [18SX&*%$#]



sumber : internet

notasemut : nasib ko la harry. nampaknya media di UK tetap berani melanggar amaran 'peguam keluarga diraja' yang melarang penyebaran gambar bogel harry di vegas daripada disiarkan. gua berharap agar benda benda macam ni tak merebak ke golongan 'ketua agama'. leceh nanti nak salam kena cium tangan. kah kah kah!


Aug 17, 2012

menjelang pru13 - mahathir sokong PAS

sumber : sinar


notasemut : selamat berbuka puasa dan berhati hati tak kira di mana saja anda berada. tengok mahathir, gua syak dia baru lepas terhantuk ni. kesian..



Aug 15, 2012

tutorial / tips : cara jadi jutawan dalam masa satu minggu

sumber asal : utusan iblis, 7 Ogos

seminggu kemudian

notasemut : cara ini sangat mudah dan tak perlu keluar peluh macam lee chong wei. cubalah :)



tutorial / tips : Android for PC and Mac

Dua hari lepas, gua ada post entri bertajuk Android for netbook. dan hari ini, gua nak kongsikan tutorial yang bertajuk - Android for PC and Mac. ya, Android untuk PC! tutorial ni sangat mudah. gua yakin rais yatim pun boleh buat, itu pun kalau rumah dia ada internet. kah kah kah. ok berbalik pada tajuk, mari kita mulakan dengan lafaz bismillah.

*seperti biasa, gua tak bertanggungjawab kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika cubaan meng-install android pada PC korang. gua install sendiri ok je.

ok, berikut antara peralatan yang diperlukan :
1. PC atau Mac (gua pakai pc, maka tutorial ni detail untuk pc sahaja)
2. internet (untuk download, tengok video dan untuk bertanya google jika berhadapan dengan masalah)

pertama sekali, sila masuk ke [bluestacks.com] dan terus download. lepas tu, boleh rujuk step berikutnya seperti gambar di bawah.

Android for PC

Android for Mac

download installer

terus 'run'

click 'continue'

click 'install'

tunggu sampai download siap

lepas tu tunggu prosess install sampai siap

ok dah siap Android for PC! mudah bukan?

macam biasa, benda yang mula mula gua test, login facebook.

clik setting. kalau nak sync dengan handphone android korang, click 'cloud connect'

kalau takde, abaikan je. tak penting pun benda ni.

lepas tu dia akan bagi 9 digit nombor pin. salin dan terus on handphone android (kalau ada).

dekat handphone pulak, search 'blue stack' app dan terus download

lepas tu install

lepas tu terus bukak 'blue stacks' app

dan masukkan nombor pin (rujuk gambar awal tadi)

lepas tu boleh la install favourite app korang.

saja test instagram

dah boleh main potong buah buahan pakai mouse!

macam biasa, tak semua app compatible. pandai pandai la test sendiri

dan boleh pakai launcher! ini ADW launcher dengan Black Glass theme.
siapa yang dah biasa dengan android kacang je setting benda ni :)

semua dah siap, apa lagi, main angry bird fullscreen la!
(sebenarnya gua main pakai mouse, jari tu hiasan je)

kalau nak tengok video demo, jemput layan youtube di bawah. sekian tutorial gua. selamat mencuba dan majulah android untuk semua.


*kalau dah berjaya, jangan kedekut ilmu. kongsi la dengan kawan kawan. bukan semua orang mampu beli android tablet. selamat hari raya, maaf zahir batin :)



Aug 13, 2012

tutorial / tips : Android for netbook

Tutorial hari ini bertajuk - Android for netbook. bulan lepas, gua dah berjaya install Android version 4.0.3 - Ice Cream Sandwich pada netbook Toshiba NB200 (standard spec). kejayaan ini telah menyebabkan gua dihujani soalan 'how to' daripada kawan dekat dan kawan facebook. disebabkan menjelang raya ni gua sibuk dan malas nak menjawab bermacam soalan, maka gua kongsikan cara nak install android untuk netbook di sini.

*gua tak bertanggungjawab kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika cubaan meng-install android pada netbook atau laptop korang. gua sendiri pun ikut tutorial yang gua google dari internet. harap maklum.

ok, berikut antara peralatan yang diperlukan :
1. netbook atau laptop
2. pendrive 2GB sebagai USB installer
3. SD card 4GB (sebab gua tak install dekat hard disk, nak install dekat hard disk pun boleh)
4. internet (untuk download Androidx86 dan untuk bertanya google)

gua pakai SD card free gift masa beli kamera dulu. sticker android tu beli dekat ebay
pertama sekali, sila masuk ke [www.android-x86.org] dan pilih android version berapa yang nak di-install dan laptop model apa yang korang pakai. sebagai contoh gambar dibawah, walaupun netbook gua (Toshiba NB200) tidak tersenarai, gua gamble download model ASUS eeepc punya sebab spec hardware dia lebih kurang sama. nak tau spec ngam atau tidak, itu kena tanya google. klik pada tulisan 'view', dan terus download.


siap download, jadikan pendrive sebagai bootable usb drive. kalau belum ada usb installer, boleh gunakan unetbootin atau universal usb installer. rujuk gambar bawah sebagai contoh.



lepas siap bootable usb drive, hidupkan netbook/laptop dan terus boot dari USB. netbook gua kena tekan F12 untuk masuk ke boot menu. netbook/laptop lain, mungkin lain caranya.


ok, lepas berjaya boot dari usb, boleh terus install Android. boleh ikut cara gua di bawah (rujuk gambar) atau boleh rujuk sifu lain di SINI atau SINI. kalau tak berjaya juga, boleh google sendiri atau tanya di mana mana forum yang aktif membincangkan topik android for netbook.









lepas siap proses install Android, cabut pendrive, restart netbook dan masuk semula ke boot menu. dalam kes gua, disebabkan gua install dekat SD card, jadi gua kena boot dari SD card untuk masuk ke Android ICS.




abaikan je warning ni sebab gua pakai Toshiba, bukan ASUS. so far takde masalah.


kalau dah keluar tulisan Android tu, maknanya syukur alhamdulillah. teruskan dengan setup sampai siap.

berjaya!

boleh tengok dekat setting

pastikan wifi function. android tanpa internet ibarat kereta tanpa minyak.

kalau semua dah ok. boleh la download dan install apps, games dan sebagainya. tapi tak semua app compatible dengan Android netbook ni. benda free tak payah la nak demand macam macam.

live wallpaper! cuma gerakkan mouse middle button untuk pergi ke slide sebelah. nak tekan+tarik ke kiri/kanan pun boleh tapi leceh sikit. pakai touchpad pun boleh kalau suka.

widget pun berfungsi dengan baik

nak update status facebook pakai keyboard boleh, nak klik pakai mouse pun boleh, nak touchscreen je tak boleh :)

semua dah ok, apa lagi, drag racing online laa!

kalau jumpa dengan racer bernama TapahMali, sila bagi laluan. kah kah kah!

sekian, semoga berjaya.