Jan 5, 2012

901 - Tujuh 'kalau' Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Ketua Pengarang kumpulan NSTP, Datuk Kadir Jasin memberikan tujuh kalau menjelang 9 Januari ini dan yang menarik semuanya menyukarkan kedudukan Umno.

"Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

"Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin: Banyak Kalau Dalam Keputusan 9.

Kadir yang terkenal dengan sikap 'loyal'nya kepada Umno khasnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menulis, Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.” tulis Kadir.

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga, tulisnya lagi.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

Berikut adalah kalau-kalau yang terlintas di fikiran Kadir.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar menang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.

Sumber : Harakahdaily



* * * * * *

Himpunan 901 bukan kerana Anwar - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) menjelaskan himpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi mesej menentang ketidak adilan kerajaan Umno BN.

Beliau juga menjelas, perhimpunan bukan bertujuan mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi menentang tindakan BN yang telah menghukum Anwar melalui media mereka sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kita turun bukan kerana batang tubuh Anwar, tetapi ini mesej daripada rakyat bahawa sistem yang diamal BN tidak boleh diterima. Kebetulan kali ini kena kepada Anwar.

"Kalau (Datuk Seri) Najib Razak kena zalim macam tu pun, kita akan turun demo," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu beliau turut berkeyakinan himpunan akan datang itu nanti akan berlangsung aman jika tidak diprovokasi mana-mana pihak lain.

"Rekod kita tak pernah ada provokasi dari pihak kita, kalau ada saya boleh jamin ia dari pihak lain," katanya merujuk beberapa perhimpunan aman sebelum ini.

Ditanya jumlah anggota pemuda PAS yang akan dikerahkan ke himpunan tersebut, Nasruddin berkata mobilisasi sedang digerakkan.

"Pemuda PAS beri komitmen untuk capai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur," jelasnya.

PKR sebelum ini menyatakan hasrat untuk menghimpunkan 100,000 peserta hadir pada himpunan Bebaskan Anwar 901 itu.

Setakat ini kesemua kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes tersebut.

Ianya termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sumber : Harakahdaily



901 - pertubuhan ayahanda turut berdemo, pertahan jubur saiful

sumber : mStar

kah kah kah! benda ni dah lama gua agak! cuma sebelum ni gua tak pasti geng mana yang akan berada di barisan hadapan mempertahankan jubur saiful bukhari. dan hari ni gua berjaya dapat jawapannya. ya, Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) akan berdiri teguh mempertahankan jubur saiful bukhari. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut : ayahanda ke AYAHANJING?