Jan 7, 2012

901 - ketua polis KL setuju tanpa syarat, ketua polis sentul letak 10 syarat

PKR setuju adakan perhimpunan di parkir kereta mahkamah tapi tolak 10 syarat baru polis

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
January 07, 2012

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh selepas mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Kata Ahli Parlimen Gombak ini, pihaknya tidak bersetuju dengan 10 syarat baru yang dikenakan kepada parti itu seperti mana yang diumumkan Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan.

“Saya ingin menegaskan bahawa PKR menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pagi semalam.

“Persetujuan ini tidak menyentuh beberapa sekatan (10 syarat) yang diumumkan kemudiannya oleh pihak polis,” kata Azmin dalam satu kenyataan.

Kata beliau, perhimpunan aman menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. - malaysianinsider

* * * * * * *
notasemut : dipendekkan cerita, ketua polis KL Datuk Mohamad Salleh dah setuju perhimpunan tersebut diadakan tanpa meletakkan sebarang syarat, tapi tiba tiba ketua polis daerah sentul ASP Zakaria Pagan pulak letakkan 10 syarat seperti berikut..



tahukah anda zakaria pagan?