Jan 17, 2012

anwar akan halalkan homoseksual - hasan ali

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
January 16, 2012

gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

Sumber : malaysianinsider

* * * * * * *

notasemut : sebagai langkah pertama, gua mohon panglima hasan ali pergi bertempur habis habisan di lorong haji taib mahmud dan bersihkan lorong tersebut sampai bila bila. amacam? sejak zaman mahathir tengah top lagi lorong tu dah meriah dengan aktiviti 'halal'. salah anwar ibrahim jugak ke? kah kah kah! pkr pun belum wujud lagi masa tu. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!