Jan 19, 2012

shahrizat saman rafizi/zuraida - umpan sudah mengena!

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah. - mkini

* * * * * * *

notasemut : ini berita baik! umpan sudah mengena! membawa kes NFC ke mahkamah bermaksud semakin banyak benda akan dilondehkan. masih ingat bagaimana saiful bukhari didapati menyimpan DNA separuh pasukan bolasepak ketika siasatan terhadap juburnya dijalankan? (rujuk SINI) kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! dan sebagai pengarah strategi, gua sangat yakin rafizi ramli dapat bertahan dan menyerang dengan baik. bring it on!


*ingat lagi mahathir pernah desak shahrizat letak jawatan pasal isu ni. kenapa eh? keh keh keh

 

special 'rosmoh' game for iPhone - AKU JIMAT! [free download]






peh macam best je game ni. boleh belajar cara cara menabung sejak kecil. lepas tu boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya. kah kah kah! cuma satu je masalahnya - ianya compatible untuk iPhone, iPod touch dan iPad :(

dan pada mereka yang rasa nak main game ni (sambil belajar cara cara menabung. kah kah kah!), boleh download di sini - http://itunes.apple.com/my/app/aku-jimat/id490098030?mt=8