Feb 11, 2012

menjelang PRU13 - nik aziz dan isteri [1 gambar 2 cerita]



:)


menjelang PRU13 - Kadir : Umno sudah terpesong [video eksklusif]


notasemut : ok video ni panjang. tapi sebab banyak penjelasan si kadir ni nak buat, jadi saja gua kongsi dekat sini. nak harapkan tv memang confirm tak keluar punya ye dak? video ni ditujukan khas buat pemimpin dan pencacai umno sahaja. geng ABU tak payah tengok pun takpa. hal terpesong ni kita tak payah masuk campur la. kah kah kah!


menjelang PRU13 - 'brand nizar' di perak

Sebelum Nizar jadi MB, aku kenal dia sebagai penceramah PAS. Tapi dia tak kenal aku.

Semasa dia jadi MB..aku kenal dia..tapi dia tak kenal aku. Bila aku nak jumpa dia kat pejabat Menteri besar..pun tak boleh. Sebab pejabat Menteri Besar dikawal oleh orang Pas. Aku orang PKR..kena jumpa Ustaz Zul. Seolah-olah orang Pas saja yang boleh jumpa Nizar. Kalau nak masuk juga…aku kena kata aku nak jumpa Amran atau Anuar Hashim..baru lepas.

Pertama kali aku dapat berjumpa dan bersembang dengan Nizar ialah semasa pelancaran Bloggersnetwork bulan November 2008. Lepas tu tak ada chance lagi dah.

Tapi..sehari sebelum Pakatan Rakyat Perak tumbang, aku dah sampai kerumah Menteri Besar. Dari tarikh tersebut, aku dan member-member Bloggersnetwork berkampung di situ…sampai la PRK bukit Gantang pada April 2009. Dua bulan berkampung dalam bilik kecil belakang rumah Menteri Besar.

Sejak itu aku mendapat bermacam-macam label. Ada yang kata aku jadi pengampu Nizar..ada yang kata aku pembodek Nizar. Malah ada yang kata aku dibela oleh Nizar. Perakexpress ditanggung oleh Nizar.

Bila dapat label macam tu..aku dah tak boleh tulis pasal Nizar. Kalau aku tulis yang baik..orang kata aku mengampu. Kalau aku kutuk Nizar..orang kata aku tak sedar diri. Pengkhianat..lari dari perjuangan.

Orang tak baca apa yang aku tulis..tapi orang tengok sapa yang tulis. Kalau bagus..mengampu. Kalau tak bagus…pengkhianat. So..buat apa aku tulis?

Kemana-mana aku pergi..orang akan tanya. Pilihanraya ni macam mana? Pakatan boleh menang ka?

Aku tanya balik…”macam mana hangpa nak menang?”

Macam-macam la jawapan yang aku dapat. Tapi jawapan aku satu saja. “Kena jual Nizar.” Kalau pakatan nak menang..kena jual Nizar. Itu saja produk yang masih laku untuk dijual kalau Pakatan nak undi.

Orang PKR marah kat aku…sebab aku orang PKR..tapi pi sokong Nizar dari Pas. Orang Pas juga marah kat aku sebab Nizar tidak membawa imej Pas. Malah dalam pemilihan Naib Presiden Pas yang lalu..Nizar dapat tempat tercorot. Orang Pas Perak pun tak mau Nizar jadi Naib Presiden Pas.

Bagi aku, kalau Pakatan nak menang di Perak..Nizar perlu dijual sebagai “bakal MB Perak”. Fuhhh…mesti ada orang kata..”berapa Nizar bayar aku?”

Tak kisah la kalau sultan tak berkenan kat Nizar. Tak kisah la kalau orang PKR pun nak jadi MB. Itu belakang cerita. Tapi aku berani jamin..kalau tidak diputuskan sapa yang akan jadi MB kalau Pakatan menang..Pakatan tak akan menang.

Aku tak nampak sapa-sapa dalam PKR Perak yang layak jadi MB. DAP dah cakap siang-siang depa mau Nizar jadi MB. Kalau turun kebawah jumpa orang-orang di jalan..dikedai kopi..majoriti mahukan Nizar jadi MB. Baru sekarang aku nampak orang PAs Perak buka mata. Baru sekarang nak cakap “Brand Nizar”. Tapi…alhamdulillah. Senang kerja aku sebab tak payah nak promote Nizar lagi. Dalam Free Malaysia Today pun dah ada cerita “Pas banking “Brand Nizar” to retake Perak.”

Kalau aku kata..” Nizar ada kemampuan bukan saja jadi MB Perak..tapi kalau nak jadi Perdana Menteri pun boleh”…hangpa tentu senyum sinis. “Eleh…Matsamankati dah mula nak kepit Nizar.”

Tak payah la. Aku lebih dikenali sebagai tukang kutuk…bukan tukang bodek. Aku suka Nizar jadi MB Perak atau Perdana Menteri sebab senang aku kutuk. Nak kutuk Anwar tak boleh..nanti ada yang katok aku. Nak kutuk Haji Hadi lagi tak boleh..nanti ada orang jatuh hukum. Nak kutuk Nizar yang paling senang..sebab boleh jumpa face to face.

Tak percaya..hangpa cuba buat. Nizar bukan ada bodyguard..bukan ada protocol. Dan ini yang buat orang suka kat dia. Isham Rais tak sebut tentang Nizar sebelum ini tapi bila dia jumpa Nizar..ini tulisan dia.

” inilah kali pertama ku dengan nizar
mamat ni cool
aku rasa mamat ini berpotensi untuk jadi PM malaysia
ini pandangan aku
ini bukan nak bodek
dari apa yang aku perhatikan
dari apa yang aku baca tentang mamat ini
dia memang cool – kalau mamat ini jadi PM selamat kita semua”

Dan ini pulak respons dari pembaca di Freemalaysiatoday.

sumber : PAS banking on ‘Brand Nizar’ to retake Perak - FMT

Sekarang…Pas pun dah bersetuju untuk mempromosikan “Brand Nizar”. Tapi dalam keghairahan untuk mempromosikan Nizar…tolong jangan buat silap.

Jangan buat macam mana PKR buat untuk mempromosikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Aku pissed off habih.

Jangan la dok heboh setiap ceramah..” Selamat Datang bakal Menteri Besar Perak…Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Haji Muhamad Nizar bin Jamaludin yang diiringi oleh pasukan kompang dari Gelung Pepuyu.”

Please la. Aku cukup meluat bila seseorang itu disambut macam raja. Siap dengan tabla dan serunai..kemudian pasukan silat..ada pulak tarian singa. Fakap la.

Kita nak pi jumpa pun tak dapat..sebab bodyguard ramai sangat. Lepas tu terus kemeja VIP..kita nak ambik gambar pun kena tolak. Please brader, please. Jangan buat macam tu. Buat macam Ahmadbinejad. Relax je bro.

Pas dah setuju untuk gunakan “Cap Nizar”. Tapi aku nak tanya..sama ada dah buat market research ka belum? Dah study customer’s perception ka belum? Bukan pasai apa..takut nanti barang bagus..tapi promo macam hampas.

Orang macam aku melihat sesuatu tak sama macam yang hangpa tengok. Hangpa mungkin ingat dengan meletakkan Nizar diatas pentas VIP, duduk di meja VIP , hangpa ingat orang suka?

Bagi aku…Nizar lebih berharga kalau aku jumpa dia beli petai kat pekan Sauk, tanpa gerombolan yang mengiringi dia dengan memakai baju dan membawa bendera Pas. Aku akan lebih terkesima kalau Nizar tepuk belakang aku ketika aku tengah beli minyak atar di ceramah Pas..daripada dia melambai tangan dari pentas ceramah.

Nizar 'like' Rahmat Haron

Member-member aku dah cakap nak undi Nizar…bukan pasai Nizar duduk dikerusi empuk bersebalahan dengan Anwar Ibrahim…tapi pasai dia cool dengan Rahmat Haron.

Aku tak akan beli produk “Nizar” kalau imejnya macam Christian Dior yang hanya diperolehi ditempat eksklusif. Aku lebih suka beli produk “Nizar”, kalau ianya boleh diperolehi digerai bundle.

Sumber : Pakatan cap Nizar

* * * * * * * *

notasemut : gua kalau jumpa artikel yang gua suka memang gua copy bulat bulat. peduli apa. kena pulak ada cerita pasal nizar. gua setuju habis dengan ayat ni "..Aku suka Nizar jadi MB Perak atau Perdana Menteri sebab senang aku kutuk. Nak kutuk Anwar tak boleh..nanti ada yang katok aku. Nak kutuk Haji Hadi lagi tak boleh..nanti ada orang jatuh hukum. Nak kutuk Nizar yang paling senang..sebab boleh jumpa face to face. Tak percaya..hangpa cuba buat. Nizar bukan ada bodyguard..bukan ada protocol.." keh keh keh. betul beb. gua sendiri pernah bercakap dengan nizar ni. memang senang nak bawak bincang. kena pulak dia jenis senyum je manjang..

masa Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul feat YB Nizar & Ust Badrul Amin
di Dataran Prima Avenue 1, Cyberjaya (gambar tahun lepas)