Feb 15, 2012

menjelang PRU13 - 22,076 pengundi berdaftar berumur lebih 90 tahun

Semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat kira-kira 200,000 pengundi yang mencurigakan.

- 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama

- 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama

- 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama

- 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera"

pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh"

Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.

Sumber : mkini


notasemut : bila kita tuntut 'BERSIH'kan pilihanraya, depa sibuk kata gerakan kristian la, agenda komunis la, molotov cocktail la, parang la. mangkuk hayun punya menteri.