Feb 25, 2012

menjelang Hijau 2.0 - padang MPK 4 rupanya ada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia!


KUANTAN, 25 Feb - Keputusan pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi kebenaran Himpunan Hijau di Padang MPK4 dekat sini, dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan jelas cuba menipu pihak penganjur terbabit sebenarnya. Tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan sebentar tadi, mendapati satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) diadakan di padang itu mulai hari ini dan esok (25-26 Februari).

Maknanya padang tersebut telah disewa dan akan digunakan untuk kejohanan terbabit. Maka, bagaimana pihak polis dan MPK boleh meluluskan kebenaran agar pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 berpindah dari lokasi asal (Padang MPK1) ke Padang MPK4 semalam?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Masakan MPK tidak mendapat maklumat lanjut tentang apa-apa aktiviti di lokasi terbabit, atau mereka sengaja mahu memperdayakan pihak penganjur berkenaan. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan, dan jelas menghakis kepercayaan rakyat terhadap agensi terbabit. Sebelum ini di Padang MPK1, mereka mendakwa mahu mengadakan Kejohanan Futsal pada 15-26 Feb namun tiba-tiba ada pula projek ubah suai padang untuk persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini.

Semua ini jelas menimbulkan tanda tanya, apakah kerajaan benarkan seperti di dakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob atau rakyat perlu berhimpun dan bertempur dengan pihak berkuasa seperti biasa?. Nampaknya, harapan menjurus ke arah itu kini kian nampak tanda-tandanya. Maka, rakyat dan peserta Himpunan Hijau 2.0 diminta bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Sumber : pahangdaily



sumber gambar : CMK
notasemut : kah kah kah! memang dah dijangka! susah susah ajak je mahasiswa yang main ragbi tu join Hijau 2.0 esok. kah kah kah!