Mar 23, 2012

menjelang PRU13 - semalam lawan lembu, hari ini jadi lembu [alkisah kamilia]

sumber : mstar semalam
dan petang tadi..

Saya sokong kepimpinan Shahrizat: Kamilia
2012/03/23

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan permintaan yang disuarakan akar umbi dan bukanlah bersifat peribadi.
Kamilia berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi. - berita hairan online

kamilia sebelum dicucuk hidung. kah kah kah!


nazri aziz, porsche, gangster dan iblis

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. - mkini


sumber arkib : malaysiakini
sumber arkib : malaysiakini

notasemut : amboih. dah la naik porsche, lepas tu siap ber-bodyguard bagai. bodyguard pulak naik mpv mewah. kah kah kah! patutla itu hari bapak iblis kata 'bahaya' kalau menteri isytihar harta. kah kah kah! patutla syahrizat pernah dedah bahawa ramai pemimpin umno yang bermasalah. kah kah kah! ini semua hasil didikan siapa? mahaiblis? yang anak dia pakai bugatti veyron tu? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!